Monday, October 12, 2009

Penyampaian hadiah

Bila semuanya dah sampai, tiba masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Kategori dimenangi oleh Yatie, Yus n Kak Mala. Kategori lelaki dimenangi oleh Cik PoG, Krul n cik Harun. Kesian rino walau pun sampai awal tapi dia tewas kerana tersalah punch masa kat menara cendawan. Walau bagaimanapun, dia sedar akan kesilapan nya kerana dia pun dah pernah masuk pertandingan Orienteering MAKSAK dulu. Tapi nasib tidak menyebelahi dia kali ini. Cuba lagi lain kali ok.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar SR221 dan PERLU yang sentiasa membantu kami dalam apa jua keadaan. Selesai semua nya kami pun pulang kerumah masing-masing. Walau pun penat kami tetap enjoy....

Balik rumah semua kesakitan tu baru terasa. Macam nak tercabut kaki nie dibuatnya. Tak boleh nak jalan. Muscle macam terkoyak rasanya. Masa tu hanya baring jer. Mujurla esoknya aku masih dalam cuti lagi. Anak ku yang kecil umpama memahami mamanya tengah sakit. Dia tak buat ragam dan tidur dengan lenanya. Sehingga esok pagi kesakitan itu berkurangan dan boleh la aku membuat kerja rumah.

Itu lah akibatnya jika badan kita nie tak fit. kerja 24 jam duduk jer. Bila kena naik bukit, ha menonggek dibuatnya.

No comments: