Monday, October 12, 2009

Knot test



hari yang dinanti telah tiba, kami semua menuju ke kolam renang UiTM. Sementara menunggu cik Hisyam datang, kami buat ulangkaji ikatan kerana ada test ikatan selepas buat low ropes. Aku macam tak yakin jer boleh buat. ikat firsherman knot pun tak jadi, buat reef kont tu kadang jadi kadang tak jadi. Boleh ke nie.

Bila cik hisyam datang, beliau bagi tahu kami semua kena buat knot test dulu. Kemudian baru buat low rope. Ha, seram sejuk aku di buatnya. Mesti dia buat ikut abjad. Aku lah orang pertama yg kena panggil. Memang sah dugaan aku bila aku dipanggil untuk buat knot bersama2 yatie, yus, kak kam, dan kak zalina. kami dibawa ke bahagian belakang dan diasingkan daripada rakan2 yang lain.

Masa dalam pengasingan tu, kami disuruh buat :-

1. Reef knot
2. clove hitch
3. butterfly knot
4. fisherman knot
5. double loop double figure eight
6. bowline
dan bonus double bowline

yang bonus tu memang aku tak ingat jadi group aku semuanya tak buat. Yang kesiannya kami group pertama nie banyak betul yang kena potong markah. ikatan betul tapi tak kemas pun kena potong markah. Tapi bila group ke2 nie tak kena potong markah plak. Tak aci... tak aci...
Ikatan tak betul pun dapat 1 markah. kesian kami nie. Tapi ok lah juga kerna beliau bagi markah tu pun pada yang kurang markah. Maka aku bersyukur lah dengan markah yang diberi.

Tapi masa tonton rakan2 buat ikatan nie kelakar pun ada. Ade ikatan yang terbelit kat tangan, ikatan siap selepas masa tamat dan macam2 lagi. ruginya aku tak bawa kamera. Kalau tak tau la wajah siapa yang kena.

No comments: