Monday, October 5, 2009

ORIENTEERING BERMULA

Saya sebenarnya tidak pandai menggunakan kompas dan peta. Sebab tu masa sekolah menengah saya masuk aliran sains sebab tak nak ambil subjek geografi. Tapi subjek tu penting pada masa2 macam nie.

Destinasi pertama, kami semua berkumpul di pondok yang terdapat di tepi sawah padi. Baru hari tu la aku dapat tengok sawah bendang secara dekat, sebelum nie hanya tengok dari jauh jer, tu pun masa naik kereta.

Di pondok tu, cik hisyam memberi penerangan dan mengimbas kembali cara2 dan teknik menggunakan kompas dan cara tengok peta. Semua diberi sorang satu kompas dan peta, supaya nanti tak payanh nak ikut bontot orang jer. Bila semua dah faham, baru lah dilepaskan seorang demi seorang.

Cik hisyam memaklumkan terdapat 10 check point yang perlu dilalui oleh kami semua. Setiap CP hendaklah distepler dalam kotak score card yang diberi. Seorang demi seorang dilepaskan dengan dimulai oleh Sapia. 3 minit kemudian Mala, 3 minit berikutnya Kak Kam, seterusnya Yusane, seterusnya cik PoG.

Bila tiba giliran Yatie, selang masa dinaikkan kepada 5 minit seorang. Ini kerana kalau 3 minit mereka boleh jalan sesame, sebab selang masa yang begitu singkat. Kalau 5 minit tu, jauhla orang depan, jadi kita yang kat belakang nie kena juga la tengok peta. Yang untungnya kami yang kemudian nie, tak yah nak tengok peta ikut jalan mana untuk cari CP 1. Sambil menyelam kita minum air la.

No comments: