Monday, October 5, 2009

Check Point 6

CP 6 nie, bila tengok kat peta tak lah berapa jauh. Cuma ianya naik bukit dan agak berliku. Tapi realitinya tempat tu yang paling jauh kurasakan. Manakan tidaknya kat hujung sekali lokasinya. Ingatkan bila jumpa simpang, dah nak sampai tapi bila jumpa Yus kat Taman Cendawan dia kata jauh lagi. Bertambah berat rasanya badan aku bila mendengarnya. Masa aku terus jalan tu, aku jumpa mala n sapia. Mereka pun kata jauh lagi dan jangan keliru dengan trick yang mereka buat. Tengok nombor bebetul.

Setelah mendengar cakap mereka aku terus kan perjalanan. Tak lama kemudian aku jumpa yatie plak. Dah la muka dia putih, Nampak pucat plak bibir dia nie. Dia pun kata jgn konfius masa kat sane nanti ade 2 kota oren jaga2. “Kau Tanya la kat tukang sapu dia ade kat tepi jalan”. Ok terima kasih kepada rakan2 yang membantu.

Tiba dikawasan taman rempah ratus, kelihatan kak kam sedang keluar menuju ke jalan utama. “Kat sini ke tempat yang dimaksudkan”. Aku pun jalan ke dalam, tapi tak de pun pokok orked, yang ade pokok rempah ratus. Melihatkan perbuatan aku tercari2 tu, seorang pekerja di taman tu menegurku dan bertanyakan destinasi yang aku cari. “Taman orked” kata2 tu terus jer terpancul dimulutku. “Oh itu depan lagi, jauh lagi kena jalan” kata pekerja tersebut. Tanpa berlengah masa aku terus menuju ke jalan utama untuk meneruskan perjalanan aku selepas mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut.

Memang jauh rupanya. Bila aku sampai jerk at situ Rino pun sampai. Memang ade 2 kotak oren. Tapi kena tengok nombor yang betul baru aku puncher kan kat kotak CP6. Kalau silap sia2 jer penat lelah aku nie. Bila dah puncher, aku patah balik untuk pi CP7.

No comments: