Monday, October 12, 2009

Low Rope

Selesai buat test kami semua angkat barang menuju ke tempat kawasan buat low rope. Pada mulanya nak buat 6 jenis, tapi akibat kesuntukan masa kami buat 4 jenis low rope aje iaitu :-
1. Criss cross
2. Monkey cross
3. High postman walk
4. Forward tension travers.

Semua buat dengan bekerjasama, tarik tali, panjat pokok, buat ikatan, balut pokok dgn guni dan macam2 lagi. Bila dah selesai, aku tengok macam senang jer nak lalu. Ok semua boleh pas lah.

Bila kami tengah sibuk kemas kan low rope yg akhir, tetiba kami dengar "gebebuk" dibahagian tepi kami. Rupa2nya seorang rakan kami telah terjatuh dari forward tension travers. Dia tak dapat imbangkan badan masa jalan atas rope tadi. Nasib baik tak cedera. Dah la nak dekat exam nie. Selepas tu cik hisyam pun beri nasihat pada kami semua supaya berhati2 bila buat aktiviti.

Sebelum buat aktiviti, cik hisyam ingatkan supaya semua orang yang sedang buat xtvt tidak boleh menyentuh bumi. Sekiranya ada salah seorang tu terpijak bumi maka rakan2 yang dah buat tadi kena buat balik dari awal.

Oleh kerana tidak mahu buat semula, maka kami bersama2 membantu rakan2 yang buat xtvt agar tidak jatuh ketanah. Siap diangkat badan lagi. Ia lah kan kami nie semua berat2 belaka. tangan pun dah tak mampu nak tampung keberatan badan kami. Tapi kerjasama yang diberi itu walau pun tidak menepati kehendak cik hisyam tapi kami tetap berusaha untuk buat yang terbaik. Sehingga semuanya selesai kami semua berehat sambil minum air sarsi yang di bawa cik hisyam. Kemudian kami mengemas kembali peralatan yang digunakan seperti helmet, glove dan carmentel rope masuk ke dalam tempat yang disediakan.

Selesai semuanya kami berkumpul dan cik hisyam membacakan markah yang kami perolehi semasa buat knot test tadi. Rasanya maca rino paling tinggi. sebab bonus tu dia dapat ikat. Tahniah la rino. Buat kengkawan yang lain tu cuba lagi. Knot ni mungkin akan masuk final. kalau dah tau mesti kat hujung jari jer masa nak jawab nanti.

3 comments:

kakkoi6779 said...

Dengar kata dia banyak pengalaman masa kat tutt...mungkin dah rezeki kot.

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

nak wat cam ne. Dia semua tahu kita nie sape....

apaiA4 said...

Ye laa kak...
Tak baik ngata orang tau tapi kenyataan. Kata had biasa masa tuuu...
Good luck for the final...