Monday, August 31, 2009

Balik rumah

Selesai jamuan BBQ kami semua turut serta membantu student full time membersihkan kawasan tersebut. Esok kami semua akan balik ke Kuala Lumpur.

Pada malam tu sibuk la aku dan rakan2 mengemas beg dan pakaian. Semua hendaklah disiapkan awal kerana esok jam 10.00 pagi bot Polis Marin akan datang untuk membawa barang2 dan kami semua ke tanah besar. tapi awal2 esok kami semua kena prepair barang2 supaya mudah untuk dipunggah ke dalam bot. Tapi kali ini ada kurang sikit kerana barang2 dapur ade yang dah abis. Jadi ringan la sikit.

Tugas2 kami juga diringan kan dengan bantuan pemilik bot disitu, mereka membantu mambawa barang2 ke bot Marin yang tidak boleh berlabuh digigi pantai. Kalau harapkan dinggi jer lama la sebab ada 2 jer.

Selesai punggah barang masuk ke bot, kami semua menyusuri gigi pantai menuju ke jeti. Di sana ada sebuah bot Marin lagi untuk membawa kami. Di situ juga kami kena punggah barang2 masuk dalam bot.

Semasa masukkan kayak dalam bot, ada satu kayak tu terlepas tali. Lama kelamaan kayak tu dibawa ombak laut menjauhi bot Marin. Maka bagi mengelakkan kayak2 tersebut jauh,seorang fasi wanita telah berenang ketengah untuk menarik kayak2 yang terlepas tadi. Tapi beliau tidak dapat menarik kayak2 tersebut sambil meminta bantuan rakan beliau. Semasa berenang tadi beliau tidak terfikir bahawa dipinggang beliau ada poch bag. So, ape lagi basah la kesemuanya.

Bila bantuan dah tiba, kayak2 tersebut pun dinaikkan ke dalam bot dengan selamat.

BBQ

Hari menghampiri waktu maghrib. Ku lihat student full time baru pulang dari aktiviti mereka. Mereka melakukan aktiviti explorace di darat dan di laut. Tu yang pakaian mereka basah.

Kami semua terus menyiapkan persiapan malam nie kerana malam akan menjelma. Semua hidangan telah dimasukkan ke dalam dulang untuk diagihkan kepada semua. Untuk fasi2 dan lecture2 dah dihidang di dalam pinggan.

Hidangan malam nie :-
  1. Nasi goreng
  2. Udang bakar
  3. Ikan bakar
  4. Sotong bakar
  5. Ayam bakar
  6. Buah2an
Disebabkan pinggan banyak maka semua student dikehendaki beratur untuk diberikan makanan. "Macam budak sekolah balik". Tapo yang syoknya mereka nie semua ok. Makanan pun cukup dan ade la lebih sikit untuk buat tambahan. Sebelum makan, kami semua baca doa bagi rezeki yang diberi itu diberkati oleh NYA.

Selepas baca doa jer, kami pun menjamu selera. Ade yang bertambah dan ade juga yang tak abis makan. Yang tak abis makan tu sebab awal2 lagi dah minum air banyak. Minuman pada malam tu ialah fresh oren dan anggur.

Persiapan BBQ

Petang tu selepas menjamu selera dengan bubur nasi yang disediakan, kami semua membersihkan diri dan balik ke khemah masing2. Arahan selanjutnya adalah membuat persiapan dan persediaan untuk jamuan makan malam nie.

"Malam nie kita ada BBQ, sea food fresh tau kita dapat". "Katanya cik Ali yang candat sotong." Hemmmm.... candat kat pasar kot? Keh...keh..keh...

Semua orang pun menuju kedapur untuk membuat persiapan. Masing-masing memainkan peranan mereka. Ada yang tuju ke ayam, sotong, udang, masak nasi dan macam2 lagi. Masa buat kerja tu, kami semua tak kira sama ada kerja tu untuk lelaki atau perempuan.

Apa yang penting..... "kerjasama".

Maka kerja yang sukar menjadi mudah. Semua nya berjalan dengan lancar. Semua sibuk. Ade yang tak pernah pi dapur pun turut serta pada hari itu. Semasa buat kerja tu PLK dan ePJJ jer yang buat kerana aktiviti bagi student full time tak abis lagi. maka mereka buat untuk penutup la nanti.

Beberapa ragai dan aksi dipamerkan disini.

Friday, August 28, 2009

Luahan rasa

Semasa kedatangan cik Hisyam kali ke2, kami semua berkumpul dihadapan beliau. Beliau memulakan peranan dengan menceritakan kisah silam beliau yang menyedihkan hati.

"Alamak aku memang tak leh dengan cerita2 sedih nie. Mula la air mata aku nak keluar..."

Memang air mata ku nie senang betul nak keluar. Bila dengar cerita2 mereka terus air mata aku keluar tanpa dapat dibendung lagi. Sehinggala giliran aku tiba.

Dengan genangan air mata aku menceritakan kisah duka aku dan keluarga. Aku memang tak leh nak cerita tentang ketabahan emak aku menghadapi kesukaran tiga tahun yang lalu. Aku cukup respect dengan beliau. Walaupun penat beliau tetap sabar dan melayang pengunjung yang datang ke hospital dengan senyuman. Jika aku dapat seperti beliau alangkah bahagianya suami aku....

Bila semuanya dah cerita, cik hisyam suruh kami semua kemas barang2 dan keluar dari hutan.

Bila keluar kami semua terus menuju ke khemah pusat. Ingat kan ada taklimat lagi rupa2nya, mereka jamu kami semua dengan bubur, keropok, dan air fresh orange. Bestnya kerana perut memang dah lapar bebetul. Tema kasih la kepada cik2 yang sudi menyediakan makanan untuk kami.

Jasa mu tetap akan dikenang.

"gedebuk......."

sehingga aku jumpa sebatang pokok yang ada ranting terjuntai kebawah. Aku pi situ dan nak bergayut macam tarzan. Memula tu rasa takut tapi rasa ingin cuba menghambat diri.
Aku cuba. Yang pertama lepas tapi one round jer. Pastu aku rehat jap. Masa aku cuba kali kedua tu Krul dan kak zam turut serta bersama ku.
Bila turn aku sampai aku pun pi la kat ranting tu nak senggayut. Ok. Tapi bila nak landing si Krul boleh dia tolak balik aku ke depan.
Ha ape lagi bila otak nie dah tune nak landing, pegangan tangan mula lah kendur. Kaki pun mula nak cecah tanah. Dah bila ditolak kedepan balik mula tak leh nak kontrol maka.....
Jatuh "gedebuk" la macam buah nangka. Mujur masa jatuh tu tak de pokok2 yang tajam. Kalau tak lain jadinya. Sakit bukan main lagi. Maka Krul pun kena la sembur dengan ayat2 power aku. Ceh.... tak guna punya kawan.

Survival 2

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Pagi tu aku rasa dahaga sangat. Tapi air yang dibekalkan dah tinggak sikit. Nanti kalau dimunum macam mane plak dgn kengkawan yang lain. Nak tak nak, terpaksa la aku lupakan rasa dahaga tu.

Kepala ku rasa berat sebab semalaman tidur. bangun pun kejap2 je. Tu pun masa sentri. Masa tu pun curi2 tidur. Takut beb.... Kalau dah banyak tidor pun akan rasa ngantuk yang amat juga tau.

Jadi bagi mengelakkan rasa dahaga aku sambung tidor lagi dan tido dan tido dannnnnnnnnn tidooooooooooo................................

Masa tu tido atas tanah pun tak pe. Yang penting dapat pejam mata. Sehingga la Brian mendapat sumber air yang boleh diminum. Dapat otak aku nie O2 yang mencukupi dan boleh buat kerja. Kalau tak, tak boleh berfungsi rasanya. Buntu....

Semasa jam menunjukkan lebih kurang pukul 3.30 petang Cik Hisyam datang. Mungkin nak suruh kami keluar dari hutan tu. Tapi malangnya masa cik Hisyam datang tu Krul tak pakai baju jadi dia marah dan bagi warning kat Krul. Beliau maklum akan kembali kemudian. Lama lagi la tu jwbnya.

Sambil menunggu ketibaan cik hisyam aku pun jalan2 kat kawasan sekitar hingga aku jumpa ................

Tuesday, August 25, 2009

Survival

"Kita semua kena pergi survival malam nie" kata Cik PoG.

"Alamak kata tak de survival, abis tu kenapa jadi lak?" "Ala takut nya aku, dah la tak pernah rasa duduk dalam hutan gelap2 nie". "Bila la nak abis program nie".

"Rileks la beb, bukan sorang2 by group la" kata rakanku. Lega la sikit rasanya bila dimaklumkan pegi berkumpulan. Kalau sorang2 tak sanggup aku.

Jam 3.30 petang kami semua berkumpul. Disitu Cik Azilah arahkan hanya barang2 tertentu sahaja yang dibenarkan dibawa iaitu :-
  • Lampu picit (1 bg 1 kump)
  • Andoh
  • Kain sembahyang/kain pelikat
  • baju sejuk
  • parang (jika ada)

Barang2 lain tak leh bawa. Jadi bila dah diberi arahan sebegitu maka kena la ikut arahan. Masa Cik Azilah buat sport chek, banyak brg2 larangan yang dibawa. Pada mula nya aku ingat nak seludup lighter dan bateri lampu picit tapi takut lak dia periksa badan. malu nanti.

Lepas puas hati dengan sport check tersebut, cik Azilah bekalkan kami dengan bekas makanan, kain kanvas 6x9, air 2 botol (3L), mancis 4 batang dan parang. Pergi la kami semua menuju ke hutan.

"Ala nie mesti sampai kul 10.00 malam je ni. Pas tu buat post mortem" kata Kak Zam menyedapkan hati. "Kalau tak pun sampai kul 12 malam kak" aku menyampuk.

Sampai je kami terus buat khemah. Guna la sumber alam yang ade. Ok la khemah kami dapat lindung dari kena ranting dan daun2 yang gugur. Tidor pula beralaskan daun pokok. Sementara aku buat tempat tidor, Kak Zam, Krul dan Brian sibuk pasang api untuk buat unggun api dan masak bekalan yang diberi.

"Na cuba kau buka bekalan kita ape yang diberi" laun kak zam. Aku yang dari tadi buat anyaman daun, pun terus menuju ke beg dan buka bekalan yang diberi.

"Akak, cuma ade beras, kopi, teh, garam, 2 biji telur dan sebiji kentang jer. Ala gula dia tak bagi la. Minum air teh kosong jer la nie".

"Ha la kan gula dah habis, tak de stok. Sabar je la"

Bila api dah hidup, kak zam pun masak bekalan yang diberi. Bila dah masak nasi, telur dan kentang, dia masak air teh pula. Memandangkan tiada gula, maka buat air teh aje la. kalau kopi nanti pahit pula. Pastu malam tak leh tidor. Kemudian kami makan berpinggankan daun, sudu dan senduk guna botol mineral.

"Mujur la generator berbunyi, tak la aku dengar bunyi yang pelik2 nanti" kataku. "Tapi nanti tak dengar orang datang" kata kak zam. Sementara itu, Krul dan brian tidur. Nampaknya tambah lagi la muzik malam nie kerana Brian tidor berdengkur. Kuat gila.

Selepas semuanya selesai aku dan kak zam pun tidor. Kami semia tidor dalam khemah yang sama. Masa tu percaya je la pada kengkawan. Tidor je sebab dah penat sangat. Rupanya bukan Brian jer yang tidur berdengkur, rupanya kak zam pun berdengkur. tapi tak la seganas si Brian tu. Alamatnya malam nie aku dialunkan dengan muzik dikiri dan kanan ku memandangkan aku tidur ditengah2.

Disebabkan penat, aku tidor lepas isyak. Tapi kak zam tak leh tidor jadi dia sentri. Jam 12.00 malam kami dikejutkan dengan kehadiran 3 orang fesi. Masa tu unggun api kami memang kecik sebab nak jimat kayu hingga pagi. tapi mereka kata api kena pasang terang.Mungking untuk elakkan unggas hutan datang hampir kot. Kami gilir2 jadi sentri hingga pagi menjelma.

"Lemak Manis"

Malam nie ada game 'lemak manis'. Aku baru dengar nama permainan nie. "Macam mana lah agaknya".
Bila time yang dijanjikan tiba, setiap kumpulan diberi seorang student full time untuk membantu. Kumpulan aku dapat Madihah. Dia pun tak tahu macam mana permainan ini. Bila game bermula setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mengandungi teka-teki. Baru la aku tahu jenis permainan ini. Emmm.... cari harta karun.
Dah la buat waktu malam. Bunyi pantun pun menyeramkan. Mana la dia orang nie dapat pantun macam tu. Ada sikit2 macam hantu........................ dah la aku nie penakut.
Pantun2 yang lain semuanya ok. Tapi yang satu nie memang menguji kesabaran kami. Mana tak nya, ingatkan masa kat dalam khemah pusat tu kita boleh jawab mane2 pantun, rupa2nya setiap pantun hanya untuk kumpulan tertentu saja. Kat situ aje dah buang masa. Puas la kami cipta pantun untuk jawab pantun yang dikemukakan. Tapi asik2 salah. Si Madihah yang dah pernah main pun jadi tak paham. Hinggalah kami minta diulang pantun bagi kumpulan 1, baru la kami paham 1 kumpulan kena selesaikan soalan yang diberi tak boleh jawab pantun orang lain.
"Lain kali bagi tau la awal2 cara2nya". Yang bestnya, soalan aku tu untuk En. Yasser. Huuu.... bukan main syoknya dia tidor. Siap berdengkur lagi tu. Sementara menunggu kami menjawab soalan. Tapi malam tu dia nampak sporting jugak. Muka nampak manis sikit dan tak la nampak garang. Dia juga beri kerjasama yang baik dalam menyelesaikan pantun kami.
Kalau tanpa bantuan beliau kami tak tidur lagi kot. Ia lah ingatkan perkataan "robek" tu cari barang kat dapur atau dalam perut ayam ataupun berkaitan dengan pisau. Rupanya kita kena korek lubang untuk ambil harta karun kita tu.
"Tema kasih cik Yasser". Kalau tak stress tak habis. Garang2 tapi baik hati. GOOD.
Sehingga jam 3.00 pagi semua kumpulan dapat menyelesaikan tugasan yang diberi. So, apa lagi lepas tu semua nya pun tidur.........Zzzzzz.....Zzzzzzzz.......Zzzzzzzz............!!!!!!
* So, jangan pandang orang dari luaran saja. Hati budi kita tak tahu.

Monday, August 24, 2009

Kayak Time

Hari nie kayak time. Semua orang kena turun. Aku takut peristiwa semalam berulang kembali. Jadi untuk keselamatan pakai la baju mandi yang tutup semua. Kalau terbalik rasa ada pelindung sikit.
Aku rasa selamat sikit bila partner dgn krul. Dia pandai berenang. kami kayak punya kayak hingga berjaya sampai ke Teluk Berakit. Di situ buat snorkling.
"Ya ALLAh . Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah". Pertama kali aku lihat kedasar laut sebegitu. Walau pun kecil hidupan laut tersebut tetap cantik dan sempurna.
masa tu aku fikir kalau la aku hanyut dilautan dalam seperti ini, mesti aku kena makan oleh ikan2 dan hidupan laut ni. Mintak dijauhkan lah.
Masa balik ingatkan terus je ke darat. tapi kena capsize. Perkara yang paling tak aku suka. Apa lagi masa capsize tu minum air laut la jawapannya. Tapi rasa bangga sebab masa buat kali pertama tu aku boleh naik ke atas seat on top. Tema kasih pada Krul kerana bersungguh2 suruh aku usaha naik sendiri tanpa bantuan orang lain. Thanks FRIEND. Kau nie gila2 dan degil tapi baik hati juga.
Tapi kali kedua, aku dah penat gila. tangan dah tak larat, lenguh tahap gaban. Aku tak berjaya naik walaupun diasak oleh partnerku. Kesian dia. Nampak macam kecewa jer bila aku tak berjaya. pastu dia, rino dan harun tolong naikkan aku. Thanks sekali lagi MY FRIENDs.
Jasa2 mu akan ku kenang selamanya.
Lepas capsize, aku dan krul cepat2 menuju ke darat untuk berehat cecepat. Dapat juga no.2. No 1 Cik PoG. Tapi group aku no. 1 la kira sebab kak zam n brian sampai selepas aku. Ini hanya untuk personal. Untuk kepuasan aku berjaya berkayak dan naik masa capsize.
Semoga kita sentiasa bersedia dengan ape jua yang berlaku.

Water Confident

Petang ni kami semua kena pi water confident. Penat merentas hutan pun baru nak hilang. tapi ok la dah lama rasa nak berendam. Masa yang ditunggu pun tiba. Group kami dibawa ketengah laut. Aku terjun ke laut dulu. Aku nie dah la tak pandai berenang. Masa water confident dulu pun tak pegi sebab kena stand by rusuhan.
Tapi aku bernasib baik sebab krul dan brian pandai berenang. Rasa selamat juga. Tapi hati sentiasa takut obor2. Dahla pakai baju pendek dan seluar sukan. Buat dia masuk dalam seluar, parah dibuatnya. Tapi kena juga kat tangan. fuh... macam kena kejutan elektrik.
Tapi aku berterima kasih la pada Kak Zam, Krul dan Brian yang beri support dan bantu aku untuk berenang. TERIMA KASIH GEGNG. Jasamu akan ku kenang.
Aku sentiasa ingat pesan suami agar berhati2 dengan landak laut. Sebab boleh lumpuh kalau kena.
Tapi kesian Kak Zam dan Cik PoG, bila nak sampai tu kaki mereka kena duri landak. Kak Zam kena 2, Cik PoG kena 5 tu. kalau aku mau nangis masa kena ketuk dengan selipar. Tapi mereka nie kuat sebab tak berbunyi langsung.
Anyway, thank you guy for your help and support.

Hari Ke 2 - Pulau Kapas (16/8/2009)

Hari kedua nie aku rasa agak letih kerana malam tadi tak dapat tidur lena. Pas tu tengah2 tidor semut plak gigit di kaki. Tidor pula berhimpit2 4 orang. Dah la kami 3 orang ni gemuk2, mujur la si Ros tu kurus, ada la ruang untuk kami muatkan diri dalam khemah tu. Bangun pagi aku terus mandi dan solat subuh. Kemudian tolong rakan2 sediakan breakfast. Kemudian mani makan bersama2.
Rentas Hutan
Arahan seterusnya, kami student PLK Diploma melakukan aktiviti merentas hutan. Kumpulan aku bergabung dengan Kumpulan Kak Kam yang turut disertai oleh Sharipaf Nor, Nor Azlina dan Cik Fauzi. Jadi ada 8 orang (3 lelaki 5 perempuan). Kumpulan aku ialah Aku, Kak Zam, Khairul dan Brian. pada mulanya fesi yang ikut kumpulan aku ialah En Hisyam. Ok la orangnya. Tak garang. Tapi bila aku balik dari toilet fesi yang ikut kumpulan kami tu dah ditukar dengan kumpulan sebelah. Jadi En. Hafiz akan ikut kami. Alamak fesi garang yang ikut. "Habis la kami kat hutan nanti". Kerisauan melanda dibenak dan jiwa ku.
Kami bergerak jam 9.40 pagi. Chek point yang pertama ialah menuju ke jeti. Fuh....... jauh tu. Khairul cari koordinat jeti dalam kompas yang diberi. Cik Fauzi pula kira langkah sampai ke jeti. Ini kerana untuk kita ketahui berapa jauh dari CP 1 menuju ke CP 2. 2 langkah mewakili 1 meter. Ingatkan tak payah tukar2, tapi cik hafiz suruh tukar2 agar semua pandai baca peta dan kompas. kalau sesat kat hutan lain kali dah boleh cari jalan keluar.
CP seterusnya adalah di Menara Api. Tu dia menonggek aku dan kak zam naik tangga. Dah la tinggi, menegak pulak tangganya, pastu jarak setiau anak tangga tinggi. Fuh.... macam nak putus nafas je. Sampai di atas, lega rasanya kerana dapat hirup udara segar dan dapat lihat pemandangan yang cantik ciptaan ALLAH. Tapi sayangnya aku tak bawa kamera. Jadi tak dapatlan aku nak berposing.
CP seterusnya Teluk Berakit. Ha... disini ada kesesatan jalan sikit. tapi cik hafiz dia tak cakap apa2 pun, sebab dia nak kita belajar tengok peta dan bandingkan dengan realiti serta tengok kompas untuk menentukan kedudukan kita semua. Tengok punya tengok, memang kami dah tersesat. maka terpaksalah kami semua berpatah balik. "Jangan kena naik tangga lagi dah" aku memang dah tak larat lagi.
Sampai di bawah cik hafiz ajar tengok peta dan keadaan sekeliling dan suruh cari jalan menuju ke Teluk Berakit. Nasib cik PoG nie peramah. So dia la yang tanya dengan penduduk tempatan jalan yang mudah untuk menuju ke Teluk Berakit. Setela mendapat haluan kami semua menuju ke trek jungle treaking. Disana kami naik bukit, turun bukit, lintas pokok, semak samun dan macam2 lagi. Masa nie macam2 yang ku bayangkan... milo ais, biskut, nescafe, makanan ringan dan macam2 lagi.
Dipertengahan jalan kami jumpa kumpulan Yatie. Ingatkan mereka dari arah lain, dan perlu pergi ketempat yang telah kami lalui. Aku ingat group kami mesti dah nak sampai destinasi yang dituju dan terus ke khemah. tapi angan ku meleset kerana bila sampai ke Teluk Berakit kami dimaklumkan kena berpatah balik untuk pergi ke jeti. "Ya ALLAH" masa tu tuhan aje yang tahu perasaan ku. Masa di teluk Berakit kami semua makan roti yang dibawa untuk alas perut supaya tak lapar. Masa tu student full time tengah buat snorkeling. Syok juga tengok mereka berendam macam tu. Giliran kami bila pula?
Selepas 10 minit rehat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeti. lagi cepat sampai lagi cepat rehat. Masa dalam perlajanan balik tu, Cik PoG dan Krul mendahului dan meninggalkan kami semua. Dalam hati aku berdetik, "malam nie masa post mortem kena hentam lagi". Dipertangahan jalan terserempak dengan group Wan dan the gang. Siap bertongkat lagi. Ia la group mereka ramai yang dah berumur.
Kami meneruskan perjalanan hingga jumpa Cik PoG dan Krul yang telah menunggu. Seterusnya kami sama2 meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan pulang kami jumpa ular. Mujur Cik poG yang kat depan, kalau aku memang tak perasan langsung. Yang aku nampak khemah untuk rehat jer. Sebab dah penat.
Bila sampai di jeti kami rehat sekali lagi. Rupanya ada udang disebalik batu. Sebenarnya tujuan cik hafiz bawa rehat kat situ, supaya kami semua perhatikan keadaan sekeliling. itu la namanya "Navigation". tapi kami semua nie kalau dah dapat rehat, dah tak pandang ape2 pun.
Seterusnya kami berjalan menuju ke khemah kami. Sampai disana jam 1.05 petang. lama tu 3 jam lebih. tapi Cik Hisyam cakap fesi2 nie pegi cuma 30 minit. Cepat gila. Berlari ke dia orang nie.
Kemudia cik hafiz suruh kami lapor pada Cik Hisyam, maklumkan kami semua dah selamat samapai. Cik Hisyam tanya keadaan kami semua dan perjalanan kami. Kami tanya arahan seterusnya, beliau maklumkan aktiviti water confident akan menyusul pada petangnya.

Sambungan......

Lega rasanya bila En. Mazlin kata lepas nie boleh pi makan. Perut memang dah berkeroncong minta diisi. Diminda terbayang makanan yang enak untuk ditelan. Tapi angan2 tu lebih indah dari realiti bila diberi masa hanya 20 minit saja kemudian berkumpul semula. Itu pun dah diberi masa tambahan. Kalau tak 15 minit jer. Pi tempat makan, aku tengok banyak dulang telah terhidang. Rupa2nya makan dalam dulang. Itu ok lagi la. Arahan seterusnya, 1 dulang makan 7 orang. "Ai, dia orang nie tak tengok size badan ke? besar gedabak ni mana muat nak duduk 7 orang 1 dulang". maka dudukla mengiring asalkan semuanya dapat makan. Sedang asyik menyusun kedudukan En. Mazlin mengingatkan masa dah menunjukkan pukul 4.10 petang. Tu tandanya tinggal 10 minit lagi. Apa lagi lepas baca doa je, terus makan. Nasi dan lauk kena habiskan kemudian dulang kena basuh. Tapi ada 1 kumpulan dari golongan aku nie tak habiskan makanan mereka, geram juga tengok mereka nie sama2 la makan nie tak.... kesiah kat bebudak full time kena habis nasi mereka dek takut kena marah sebab tak menghargai rezeki yang dah di depan mata. Walau pun lauk tak sedap, habis juga makanan kami pada petang tu.
Selepas makan kami berkumpul untuk dengar arahan selanjutnya. Mereka maklumkan pada malamnya kami semua ada "ice breaking". Ok la. Tapi petang tu kami kena sediakan makan petang dan malam. Sibuk la juga aku tolong Kak Ina dan rakan2 lain masak. Tapi aku tlg potong2 jer. Sebab tak tau masak. Masak utk suami & anak2 aku leh la. Tapi kalau banyak minta maaf la.
Selesai siap masak aku pi mandi. Masa tu pun dah lewat, dah nak masuk maghrib pun. Tengah2 mandi, kedengaran laungan supaya siapa yang boleh solat maghrib berkumpul di khemah pusat untuk sama2 baca yassin. Ye la kat kawasan pulau kan..... Kita tak tau tempat "mereka" nie. Aku baru nak mandi, buat2 la bersabar sikit. Dah la berperang dengan nyamuk yang besar2 nak cepat plak.
Selesai mandi aku terpaksa solat maghrib kat dalam khemah kerana mereka dah mula nak baca yassin. Selesai solat aku dan yatie terus join bacaan yassin tersebut. Selesai bacaan yassin kami semua berjemaah menunaikan solat isyak. Kemudian kami semua "menjamu selera" yang disediakan rakan2 yang cuti solat. Makan malam tu pun terburu2 kerana nak kejar masa untuk ice breaking jam 9.30 malam.
Tepat jam 9.30 malam ice breaking pun bermula. Lega sikit rasanya kerana kita semua boleh duduk. Acara yang pertama ialah memperkenalkan diri dengan "emotion" kita. Ala aku segan nak perkenalkan diri dengan cara tu, so aku cakap jer. tapi syok tau acara tu... happy dan rasa tak tertekan langsung. Tetapi suasana keceriaan tu bertukar apabila......
Suasana bertukar apabila giliran fesi2 memperkenalkan diri mereka. Memulanya ok tau spoting.... dan boleh gelak2. Tapi bila En. Yaser Foo perkenalkan diri beliau, suasana yang tadi happy bertukar menjadi sepi. Hilang mood terus aku dibuatnya. Ingatkan siang tadi dah habis, dibawanya juga hingga ke malam. Aku memang tak boleh asyik kena marah jer nie. Rasa "menyampah" pun ada dalam diri. Apa lagi kena hentam kau2 la dengan dia. Dia kata kami semua tak peka dengan persekitaran dan macam2 lagi. Terima aje la. Ingat kan dah lepas, rupa nya ada lagi yang sama "spesis" dengan En. Yaser Foo nie. En. Hafiz kenalkan diri beliau dengan wajah yang serius. Apa lagi dia pun sambung hentaman yang pertama tadi. Masa nie aku dah anggap mereka nie memang tak leh nak gurau. Garang macam "singa". Lepas peristiwa tu aku ikut jer apa yang disuruh. Malas rasanya asyik kena marah nie. Hilang mood tau.
Selepas ice breaking kami semua dibenarkan tidur. Itu pun dah dekat jam 2.30 pagi. Tapi group aku dan group 2 dan 3 kena sentri hingga jam 3.00 pagi. Mata nie rasanya dah tak leh nak buka tapi ku gagahkan jua. Dah telefon tak diizinkan "on". malam tu tak dapat la aku nak bersembang dengan suami dan anak2ku. Sedih juga bila tak dengar suara mereka. Bila jam dah menunjukkan jam 3.00 pagi aku pun segera menuju ke khemah untuk tidor selepas mengejutkan rakan2 dari kumpulan 4,5,6. Aku tidor langsung tak ingat ape2 hingga pagi menjelma keesokkannya...

HARI PERTAMA - PULAU KAPAS

Disini episod pembelajaran dan penderaan aku pun bermula apabila pertama kali aku menjejakkan kaki di persisiran Pulau Kapas. Ini adalah perkhemahan aku yang pertama dalam hidup. Aku tak pernah rasa champing sebelum ini kerana ibu bapa aku tak pernah kasi aku joint champing sebab risau keselamatan ku. Aku menaikki trip yang pertama sampai di Pulau Kapas berbanding rakan2 lelaki yang lain. Dah la semuanya perempuan kena punggah barang2 plak. Bot marin tak boleh berlabuh berhampiran dengan tempat perkhemahan kerana ada banyak batu karang. Jadi kena punggah barang2 dari kawasan Mak Cik Gemuk.
Masa sampai ditempat perkhemahan tu semua peserta dikehendaki berkumpul dikawasan lapang yang berpasir dan panas. Aku dan rakan2 yang bawa beg yang besar nie nak letakla beg tu kat tepi di kawasan yang redup dan berlapik daun. Tapi kena sergah dengan En. Yaser Foo supaya bawa bersama beg tersebut kat tempat perkumpulan. Terkesima sedikit aku dengan arahan dia. Dalam hati aku cakap, "alamat nak kena belasah la nie. Habisla kali nie". Dugaan aku memang tepat, mereka nie semuanya aku lihat semacam jer.... garang dan tak de senyum langsung baik perempuan mahu pun lelaki, sama jer. Mujur jugala aku lihat cik Hazriq tu ada manis sikit yang lain semuanya mencuka.
Arahan yang diterima dari En. Yaser Foo, semua dikehendaki tinggalkan barang2 dan angkat barang2 yang ada dalam bot marin dan bawa ke tempat perkhemahan. Dah la tadi kena angkat, nie kena angkat lagi. Penat pun tak habis lagi. Dahaga dah tahap kritikal, nak minum takut kena marah lagi. Dengan hati yang sebak, geram, sedih yang bercampur baur nie aku pun angkat la barang2 yang berat tu.
Selesai angkat barang, kami semua disuruh pergi ketempat perkhemahan untuk dirikan khemah dan membersihkan kawasan. Bab buat khemah nie ok la sikit tapi rasa macam tak leh nak buat kerna asik diperhati oleh fesi2 yang mencuka. "Macam la aku nie nak curi tulang". Dah la penat muka masing2 kalau senyum boleh juga sejuk, nie pahit tau rasanya. Belum pun sempat siapkan khemah, sebahagian dari kami disuruh angkat barang lagi. Disebabkan aku nie AJK Penempatan aku ambil keputusan terus buat khemah jer. Yang lain ade yang angkat barang dan sebahagian lagi pi masak. Tugas masak dan buat khemah tu dia bagi sampai jam 2.30 petang. Tepat jam 2.30 petang wisel dia pun berbunyi la. Semua berkumpul.
Masa tu En. Mazli yang ambil. Ok la. Walaupun kata2 nya macam askar la sikit2 tapi ada senyuman tu sejuk la sikit hati ku yang tengah marah nie. Dia tanya tentang persiapan, masih belum siap. Dia bagi masa 1 jam untuk siapkan. Tapi dengan masa yang ciput tu mana nak siapkan semua kerja. Masa tu rasanya semua kata2 yang tak elok habis dikeluarkan. Tengah penat beb.
Lepas 1 jam wisel dia berbunyi lagi.......... berlari2 la kami yang kepenatan nie pi berkumpul. Penugasan masih belum disiapkan.... dia bagi lagi masa 45 minit untuk siapkan..... "Kalau dah asik panggil jer macam mane kerja nak siap". Aku rasa khemah dan kukuh tapi dia katan tak sempurna dan tak kukuh lagi. "Hei dia nie nak dera kami semua". Masa nie aku dah tak larat nak kata ape dah aku nekad dan serah jer apa yang nak disuruh. Sebab masa nie mereka yang berkuasa dan tempat nie bukan tempat aku. Tapi untuk sedapkan hati aku kata "mereka buat begitu hanya untuk keselesaan dan keselamatan kami semua". Tapi dah berbakul juga maki hamun aku lemparkan pada mereka, tapi mereka tak dengan la. Kalau dengar mampuns aku kena baling kat laut.
Selesai buat khemah dan masak kami semua dikehendaki berkumpul lagi. Ingatkan dah boleh makan dan rileks tapi....................

Thursday, August 20, 2009

PULAU KAPAS - PENGALAMAN PERKHEMAHANKU YANG PERTAMA

Jam ditangan menunjukkan pukul 4.00 petang. Waktu itu menandakan semua pelajar PLK-PDRM dikehendaki berkumpul di Guardwara untuk menaiki bas menuju ke Pulau Kapas. Jantungku berdegup kencang, hati kurasakan semakin kecut bila mengenangkan perkhemahan pertama dalam hidupku ini akan bermula sebentar lagi.
Apabila semua pelajar telah memasukkan barang kedalam perut bas, kami pun mula bergerak menuju kedestinasi. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur kerana kalau aku tak tidur aku asyik memikirkan perkara yang bukan2 aje. Jadi untuk mengelakkan aku rasa takut maka tidur la jawapannya.
Aku rasa perjalanan sungguh lambat dan badan terasa lenguh dan sejuk. Banyak perhentian yang disinggahi sehingga la pada jam 12.30 pagi bas berhenti di IPD Marang. Di sana kami semua merehatkan badan yang lenguh2 akibat terlalu lama di dalam bas. Aku hanya mencuci muka sahaja kemudian apa lagi terus tidur la sampai pagi.
Bangun pagi aku mandi dan menunaikan kewajipanku. Selesai solat subuh aku berkemas untuk pergi ke jeti menuju ke Pulau Kapas. Tetapi sekali lagi kami semua terpaksa loading barang2 dalam lori naik ke dalam bot Polis Marin yang turut membantu. Walaupun mereka lewat datang kerana air surut tapi aku bersyukur kerana sekurang2nya tak payah la aku nak berkayak dari jeti ke Pulau Kapas. Dah la tak pandai nak kayak, jauh pula tu.
Selesai loading aku naik bot dan terus menuju ke Pulau Kapas. Menurut pemandu bot tersebut perjalan mengambil masa 10 minit. Bot yang aku naik tu meluncur laju membelah lautan yang terbentang.
Tiba di Pulau Kapas, bot tidak dapat berlaboh ditempat perkhemahan kerana banyak batu karang. Jadi kami kena angkat barang2 tersebut dari 'Mak Cik Gemuk' menuju ke tapak perkhemahan. Jauh tu tempat tersebut. Dengan beg yang berat ku gagahkan jua langkah ku menuju kedestinasi perkhemahan. Sepanjang perjalanan ku lihat tidak ramai pengunjung yang ada, chalet yang ada pun tak banyak. Hutan, dan pokok2 menghijau disepanjang pulau tersebut. Sehingga aku tiba ditampat perkhemahan, penderitaan aku pun bermula......

PERSIAPAN KE FINAL CAMP

Tanggal 14hb Ogos 2009 jam 9.00 pagi kami kumpulan PLK PDRM dan full time student in Sport Science & Recreaction telah menghadiri majlis perasmian Final Camp Pulau Kapas yang telah diadakan di dewan kuliah UiTM. Majlis berjalan dengan lancar. Tuan Azlan telah hadir sebagai Wakil PDRM.
Selepas selesai majlis perasmian semua pelajar telah berhimpun dihadapan stor FSR untuk loading barang kedalam lori. Barang-barang yang dibawa termasuklah kayak, pedal, peralatan penyelamat, PFD dan sebagainya. Sebanyak 2 buah lori telah dipenuhi dengan peralatan tersebut. Kemudian kami semua diarahkan untuk membantu pelajar full time untuk mengankat keperluan dapur yang terletak di stor Kolej Kenanga. Walau bagaimanapun, aku, kak koi dan yatie telah tersesat jalan dan terus menuju ke pimtu utama. Apabila telah penat mencari jalan ke kolej tersebut tetapi masih tidak ketemu, kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari terlebih dahulu kerana perut tengah berkeroncong.
Semasa makan kami menelefon rakan2 yang lain. Katanya mereka yang lain sedang makan tengahari. Ok la tu. Kami dikira tak curi tulang la. Selesai makan kami masuk semula ke dalam UiTM. Disana seorang pelajar membawa kami ke stor barang dapur. Tu dia aku lihat banyak barang2 yang perlu dibawa termasuk la gas, dapur, beras, makanan dalam tin dan sebagainya. Selepas selesai aku dan rakan2 balik ke rumah untuk menyiapkan persiapan untuk ke Pulau Kapas pada waktu petang.

Friday, August 7, 2009

PERCUTIANKU

Hari rabu dan khamis yang lalu, aku sekeluarga pergi bercuti di Sunway Pyramid. Ala cuma satu malam je tinggal kat Resort Suit Sunway Pyramid. Kami check-in jam 4.00 petang. Daftar dan terus menuju ke bilik di tingkat 15. Bilik boleh tahan, siap ada dapur lagi. Tapi aku tak bawa apa2 pun bekalan dari rumah. Anak sulungku terus menuju ke bilik air untuk mandi di tab mandi. Almaklumlah di rumah tak de tab mandi. Punya la lama dia berendam. Aku menguruskan anak yang kecil yang kurang sihat. Selesai Amir mandi, dia kata lapar. Alamak makanan satu pun tak de. Suami suruh aku pi compleks kat bawah, tapi aku takut pi sorang2, takut sesat. Jadi ambil keputusan order je kat cafe hotel. Selang setengah jam, makanan pun sampai. Kena RM 132.00 untuk makanan kami 3 orang. Memang mahal harga sebegitu untuk 3 nasi goreng, 1 set burger ayam, 2 jus oren & lobak dan milo ais. Tapi malas punya pasal, bayar je la.


Bila malam plak perut rasa lapar lagi, sebab makanan tadi sedikit jer. Aku pun telefon operator hotel untuk tanya samada boleh beli makanan dari luar. Bila dimaklumkan boleh, terus aku telefon Domino Pizza. Itu untuk makan malam dan brekfast esok pagi.


Esok pagi anak sulung aku bangun awal dan terus kata nak mandi. Kalau kat umah punyalah liat nak bangun pagi pi sekolah. Kat sini cepat la pulak. Sebab dia nak berendam dalam tab mandi. Lepas dia mandi aku bersiap2 untuk mandi dan beg pakaian untuk balik ke rumah. Jam 10.30 pagi aku check out. Bila ku tanya dengan anakku macam mana tinggal di situ, Amir jawab best. Lega rasanya bila dia cakap best. Sebab aku tak pernah bawa dia bercuti dan tidur di hotel. Sebab payah nak cuti. Bila aku dapat cuti suami pula yang tak dapat atau sebaliknya. Rasanya hujung tahun ini aku nak bawa keluargaku bercuti di PD plak di Water Chalet. Orang kata kat situ syok. Harap2 impian aku tu termakbul dan diberikan kesihatan dan ekonomi yang baik.....

Wednesday, August 5, 2009

DUGAANKU

Minggu lepas anak sulungku demam satu minggu. Puas pi klinik dan hospital besar tapi just bagi ubat demam dan selsema jer. Masa pegi sana fuh ramai giler, 2 jam lebih aku tunggu turn untuk di panggil. Risau juga takut ada dikalangan pesakit2 yang berkunjung tu ade yang dah kena H1N1. Dah la kami semua tak pakai 'mask'. Aku ingat kena tahan wad, sebab masa kat rumah aku cek suhu amir 38 degree. Tapi tak kena tahan sebab suhu dah turun. Cuma pantau keadaan amir kerana kelihatan seperti kelenjarnya bengkak. Ok lah tak payah tidor kat hospital. Kalau tidor kat hospital, kesian anak aku yang kecil tido kat umah. Aku tak pernah berpisah dengan dia sejak lahir lagi.

Minggu nie, anak kedua aku plak yang demam. Amirul demam sebab nak tumbuh gigi kot. Kata orang2 tua dia nak ambil upah. Jenuh juga dibuatnya sebab sekarang nie dia asyik nangis jer. Pas tu kalau tinggal seorang pasti dia nangis. Kesian pun ada. tapi kalau anak aku tak baik demam lagi aku rasa, aku tak join la dia orang pi Pulau Kapas. Aku tahu kalau tak pergi hilang 30 markah aku, memang banyak tapi akau lebih risaukan anak aku.

Walaupun amirul demam, plan aku nak menginap di sunway tetap diteruskan jua. Ini kerana bilik dah dibooking, conformition dah dibuat. So, pergi la. Tapi pagi nie aku kena kerja dulu. Petang baru bleh balik awal. Aku consider juga pada bos nie, sebab dia baik aku pun kerja la. Kalau bos lama... akan difikirkan dulu.....

Aku harap anak2 aku akan sembuh secepatnya. Nak keja pun tak senang sebab terfikirkan keadaan anak kat umah. Semoga ALLAH selamatkan keluarga ku . Amin.

Saturday, August 1, 2009

RUSUHAN ISA

Hari nie aku tak dapat pi kelas sebab kena standby kat opis. Gara2 anuar buat rusuhan mansuhkan ISA. Dia ingat dengan ketiadaan ISA nie negara akan selamat ke? Dia tak nak wujudkan ISA sebab dia nak hentam kau2 punya negara nie untuk dia jadi PM. Sebab dia pernah rasa macam mana duduk kat dalam tu. Orang macam nie ke patut kita pilih. Tapi bagi orang yang berakal mereka pasti membangkang perbuatan anuar ni. Tapi bagi mereka yang berpelajaran tapi bangang dan otak tu letak kat lutut, tu yang turut serta ikut demonstrasi nie.

Hari nie aku dengar ramai yang kena tangkap dan kena mandi dengan air water canon. Ia lah kalau tak join rusuhan nie pasti tak dapat rasa kan. Ditambah pula dengan semburan asap bak kabus yang dingin tu. Fuh... Balik rumah pasti gatal seluruh badan bak penangan air water canon tu. Esok berduyun2 la mereka2 nie mengunjungi klinik untuk rawatan. Padan muka mereka semua. Pas tu ade juga yang aku lihat sanggup panjat bukit demi untuk selamatkan diri. Konon nya nak selamatkan diri tapi dia orang tak tau yang bukit yang dipanjat tu depan Bukit Aman. memang serah tengkuk la mereka nie.

Tapi yang aku sakit hati, dia orang gunaka kanak-kanak yang tak tau ape2. Kesian mereka. Ibu bapa yang bawa kanak2 tu, memang bodoh kerana libat kan anak2 dalam perkara seperti ini. Nanti bila mereka dewasa dan buat macam2 nak marah mereka plak. Dah diasuh macam tu dari kecil. Dia orang nie memang tak pkir panjang betul la.....

Bila perkara sebegini terjadi kita lupa bahawa yang bertelagah nie semua nya orang melayu. Ade ke orang cina terlibat. tak ada. Orang cina n india hanya melihat saja pertelingkahan melayu2 yang bodoh nie. Mereka suka melayu kacau bilau, mudah bagi mereka untuk menguasai negara nanti.

Ingat la wahai orang2 melayu berdamai la kita dan ikut saja la apa kata pemerintah. tak rugi kita. INGAT LA KITA BUKAN HIPUP SELAMA2NYA. TINGGALKAN YANG SEMPURNA UNTUK ANAK-ANAK KITA KELAK........

YA ALLAH SELAMAT KAN LA NEGARAKU INI...AMIN....