Lega rasanya bila En. Mazlin kata lepas nie boleh pi makan. Perut memang dah berkeroncong minta diisi. Diminda terbayang makanan yang enak untuk ditelan. Tapi angan2 tu lebih indah dari realiti bila diberi masa hanya 20 minit saja kemudian berkumpul semula. Itu pun dah diberi masa tambahan. Kalau tak 15 minit jer. Pi tempat makan, aku tengok banyak dulang telah terhidang. Rupa2nya makan dalam dulang. Itu ok lagi la. Arahan seterusnya, 1 dulang makan 7 orang. "Ai, dia orang nie tak tengok size badan ke? besar gedabak ni mana muat nak duduk 7 orang 1 dulang". maka dudukla mengiring asalkan semuanya dapat makan. Sedang asyik menyusun kedudukan En. Mazlin mengingatkan masa dah menunjukkan pukul 4.10 petang. Tu tandanya tinggal 10 minit lagi. Apa lagi lepas baca doa je, terus makan. Nasi dan lauk kena habiskan kemudian dulang kena basuh. Tapi ada 1 kumpulan dari golongan aku nie tak habiskan makanan mereka, geram juga tengok mereka nie sama2 la makan nie tak.... kesiah kat bebudak full time kena habis nasi mereka dek takut kena marah sebab tak menghargai rezeki yang dah di depan mata. Walau pun lauk tak sedap, habis juga makanan kami pada petang tu.
Selepas makan kami berkumpul untuk dengar arahan selanjutnya. Mereka maklumkan pada malamnya kami semua ada "ice breaking". Ok la. Tapi petang tu kami kena sediakan makan petang dan malam. Sibuk la juga aku tolong Kak Ina dan rakan2 lain masak. Tapi aku tlg potong2 jer. Sebab tak tau masak. Masak utk suami & anak2 aku leh la. Tapi kalau banyak minta maaf la.
Selesai siap masak aku pi mandi. Masa tu pun dah lewat, dah nak masuk maghrib pun. Tengah2 mandi, kedengaran laungan supaya siapa yang boleh solat maghrib berkumpul di khemah pusat untuk sama2 baca yassin. Ye la kat kawasan pulau kan..... Kita tak tau tempat "mereka" nie. Aku baru nak mandi, buat2 la bersabar sikit. Dah la berperang dengan nyamuk yang besar2 nak cepat plak.
Selesai mandi aku terpaksa solat maghrib kat dalam khemah kerana mereka dah mula nak baca yassin. Selesai solat aku dan yatie terus join bacaan yassin tersebut. Selesai bacaan yassin kami semua berjemaah menunaikan solat isyak. Kemudian kami semua "menjamu selera" yang disediakan rakan2 yang cuti solat. Makan malam tu pun terburu2 kerana nak kejar masa untuk ice breaking jam 9.30 malam.
Tepat jam 9.30 malam ice breaking pun bermula. Lega sikit rasanya kerana kita semua boleh duduk. Acara yang pertama ialah memperkenalkan diri dengan "emotion" kita. Ala aku segan nak perkenalkan diri dengan cara tu, so aku cakap jer. tapi syok tau acara tu... happy dan rasa tak tertekan langsung. Tetapi suasana keceriaan tu bertukar apabila......
Suasana bertukar apabila giliran fesi2 memperkenalkan diri mereka. Memulanya ok tau spoting.... dan boleh gelak2. Tapi bila En. Yaser Foo perkenalkan diri beliau, suasana yang tadi happy bertukar menjadi sepi. Hilang mood terus aku dibuatnya. Ingatkan siang tadi dah habis, dibawanya juga hingga ke malam. Aku memang tak boleh asyik kena marah jer nie. Rasa "menyampah" pun ada dalam diri. Apa lagi kena hentam kau2 la dengan dia. Dia kata kami semua tak peka dengan persekitaran dan macam2 lagi. Terima aje la. Ingat kan dah lepas, rupa nya ada lagi yang sama "spesis" dengan En. Yaser Foo nie. En. Hafiz kenalkan diri beliau dengan wajah yang serius. Apa lagi dia pun sambung hentaman yang pertama tadi. Masa nie aku dah anggap mereka nie memang tak leh nak gurau. Garang macam "singa". Lepas peristiwa tu aku ikut jer apa yang disuruh. Malas rasanya asyik kena marah nie. Hilang mood tau.
Selepas ice breaking kami semua dibenarkan tidur. Itu pun dah dekat jam 2.30 pagi. Tapi group aku dan group 2 dan 3 kena sentri hingga jam 3.00 pagi. Mata nie rasanya dah tak leh nak buka tapi ku gagahkan jua. Dah telefon tak diizinkan "on". malam tu tak dapat la aku nak bersembang dengan suami dan anak2ku. Sedih juga bila tak dengar suara mereka. Bila jam dah menunjukkan jam 3.00 pagi aku pun segera menuju ke khemah untuk tidor selepas mengejutkan rakan2 dari kumpulan 4,5,6. Aku tidor langsung tak ingat ape2 hingga pagi menjelma keesokkannya...
3 comments:
TAKPA, saiz badan saya pun lebih kurang sahaja.... JANgan marah...
PPT
Spesis Singa? hehehe..Yasir,kita serupa~ watak x dirancang
he... jangan marah tau. First impresion la....
Post a Comment