Selesai jamuan BBQ kami semua turut serta membantu student full time membersihkan kawasan tersebut. Esok kami semua akan balik ke Kuala Lumpur.
Pada malam tu sibuk la aku dan rakan2 mengemas beg dan pakaian. Semua hendaklah disiapkan awal kerana esok jam 10.00 pagi bot Polis Marin akan datang untuk membawa barang2 dan kami semua ke tanah besar. tapi awal2 esok kami semua kena prepair barang2 supaya mudah untuk dipunggah ke dalam bot. Tapi kali ini ada kurang sikit kerana barang2 dapur ade yang dah abis. Jadi ringan la sikit.
Tugas2 kami juga diringan kan dengan bantuan pemilik bot disitu, mereka membantu mambawa barang2 ke bot Marin yang tidak boleh berlabuh digigi pantai. Kalau harapkan dinggi jer lama la sebab ada 2 jer.
Selesai punggah barang masuk ke bot, kami semua menyusuri gigi pantai menuju ke jeti. Di sana ada sebuah bot Marin lagi untuk membawa kami. Di situ juga kami kena punggah barang2 masuk dalam bot.
Semasa masukkan kayak dalam bot, ada satu kayak tu terlepas tali. Lama kelamaan kayak tu dibawa ombak laut menjauhi bot Marin. Maka bagi mengelakkan kayak2 tersebut jauh,seorang fasi wanita telah berenang ketengah untuk menarik kayak2 yang terlepas tadi. Tapi beliau tidak dapat menarik kayak2 tersebut sambil meminta bantuan rakan beliau. Semasa berenang tadi beliau tidak terfikir bahawa dipinggang beliau ada poch bag. So, ape lagi basah la kesemuanya.
Bila bantuan dah tiba, kayak2 tersebut pun dinaikkan ke dalam bot dengan selamat.
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
No comments:
Post a Comment