Monday, August 31, 2009

BBQ

Hari menghampiri waktu maghrib. Ku lihat student full time baru pulang dari aktiviti mereka. Mereka melakukan aktiviti explorace di darat dan di laut. Tu yang pakaian mereka basah.

Kami semua terus menyiapkan persiapan malam nie kerana malam akan menjelma. Semua hidangan telah dimasukkan ke dalam dulang untuk diagihkan kepada semua. Untuk fasi2 dan lecture2 dah dihidang di dalam pinggan.

Hidangan malam nie :-
  1. Nasi goreng
  2. Udang bakar
  3. Ikan bakar
  4. Sotong bakar
  5. Ayam bakar
  6. Buah2an
Disebabkan pinggan banyak maka semua student dikehendaki beratur untuk diberikan makanan. "Macam budak sekolah balik". Tapo yang syoknya mereka nie semua ok. Makanan pun cukup dan ade la lebih sikit untuk buat tambahan. Sebelum makan, kami semua baca doa bagi rezeki yang diberi itu diberkati oleh NYA.

Selepas baca doa jer, kami pun menjamu selera. Ade yang bertambah dan ade juga yang tak abis makan. Yang tak abis makan tu sebab awal2 lagi dah minum air banyak. Minuman pada malam tu ialah fresh oren dan anggur.

No comments: