Tuesday, September 15, 2009

HAMPER RAYA

Hari Ahad yang lepas group aku dan group Yatie pi Tasik Titiwangsa untuk bungkus hamper sempena Hari Raya nanti. Kami bungkus 10 bungkus jer. Nasib la siapa yang dapat.

Kebetulan plak pagi tu my sis nak dtg umah, so lewat la ckit pi Tasik. Perancangan awal tu nak pi shopping sesama dgn KZ n Yatie, tapi akhirnya mereka jer yg pi dengan "kereta kebal" KZ. (bukan aku kata tp dia yg gelar). Entah kat mane mereka pie bli.

Bila dah siap shopping, dia Yatie call utk dtg kat Tasik. Kawasannya tentu kat pondon tpt kami buat study group. Masa aku dtg tu, ku lihat byk makanan ringan yang dibeli. Coklat ade, biskut ade, kacang ade, dan macam2 lagi. Berbungkus2.

Masa tengah khusuk bungkus tu, aku lihat ade sebuah kereta peronda polis lalu dihadapan kami. Kemudian kereta tu pusing balik.

"Ingat kita orang nie buat parti makan ker"? Tak nampak ker bungkusan yang dah siap tu? Kalau nak makan takkan lah ditengah2 tempat terbuka tu. Dah la pakai tudung. Buat malu jer" Tu la antara kata2 yang terkeluar dari mulut kami semua.

Masa buat tu juga banyak mata2 pengguna jalan raya yang memerhatikan kami semua. Ingat kan kami semua nie makan kat tepi tasik. Ape la dia orang nie, pandang serong kat kita orang. Ade plak yang nak minta hamper tu. Huh bukan nak tlg, nak menyibuk plak... HAMPEH.....

Sehingga la jam 3.00 petang kami selesai bungkus 10 hamper. Hamper tu kami buat tau, tak beli kat kedai pon. Special dari kami.....

"SELAMAT HARI RAYA" saya ucapkan kepada semua lecture, PERLU, full time studen, rakan2 dan semua yang mengenali diri saya dan keluarga.

Berhati2 la di jalan raya. Biar mereka sambut kepulangan kita dengan air mata gembira. Jangan timbulkan kesedihan dihari yang bahagia nie.

Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Kepada semua yang datang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana meramaikan majlis dari kelas kami.

"Ha... kepada yang mencari sponsor saya ucapkan jutaan terima kasih. Bila kita nak buat lagi? Rasanya perancangan macam nie kan kita dah rancang masa sem dua lagi, tapi mujur la dapat berkumpul dengan keluarga masing2 sebelum habis belajar kan".

Jika kita tak buat macam nie bila lagi kita semua nak berkumpul? Nak buat reunion, masing2 sibuk dengan tugas masing2.

So, peluang yang ade jangan dilepaskan. Pergi jangan tak pergi. Dapat la kita kenal keluarga rakan2 kita. Kalau jumpa kat tengah2 jalan atau bersinggol bahu leh juga bertegur sapa.

Tapi makanan kat kedai tu sedap la cik Harun. Rasa macam nak ulang balik, tapi segan lak. Nasi yang dihidangkan tu enak rasanya. Dah la dapat makan, siap bawa balik lagi tu. Tak yah nak masak untuk sahur pagi esoknya. Panaskan jer lauk yang diberi tu.

Kepada mereka yang tidak hadir, alangkah ruginya mereka tidak dapat menjamu selera dan yang penting sekali makan bersama pensyarah2, PERLU yang telah membantu kita sejak di Pulau Kapas dan keluarga mereka. Cuaca juga mengizinkan perjumpaan ini kerana tidak hujan.

Monday, September 7, 2009

ABSEILING

ha… bila dah selesai persiapan, kami diberi penerangan dan peraturan semasa nak turun bangunan tu. Semua orang beri tumpuan. Ia lah nyawa beb. Jatuh…… meninggalkan dunia yang fana ini la jawabnya.

Mula2 tu student full time turun. Girl n kurus. “Aku nie gemuk. Macam mana?”

Bagi menyedapkan hati kami semua, Cik Hisyam minta Cik Hafiz yg sedikit gemuk tu turun. Ok la berat dia lebih dari berat aku.

Sorang demi sorang turun, dan pelbagai reaksi ade. Ade plak yang nak buat lagi, ade juga yang tak leh nak naik. Bila tiba turn aku, aku dah tak pkir pjg lg, nekad turun kerana aku pasti kalau ikut arahan mesti selamat. Tapi masa tu kaki tangan aku dah sejuk sebab takut.

Masa nak melangkah palang besi aku dah cuak. Pastu Cik Yasir cek untuk pastikan semua ikatan utk keselamatan berada dengan baik. Setelah selesai aku bergerak ke tiang bangunan untuk turun. Masa nie tuhan aje yang tahu perasaan ku.

Masa tu ape org kata pun dah tak boleh dengar. Nak senyum pun dah tak leh. Yg ade kat kepala hanya nak sampai ke bumi. Tapi ade juga yang cakap “ina buka tangan kanan tu”.

“Ceh dia orang nie nak suruh aku buka pula, nak brek pun tak leh, nak melorot jer tali nie. Ke tangan aku yang tak kuat nak pegang. Sarung tangan nie plak keras cam ne nak grip? Lantak korang la, janji aku sampai”.

“Ala tangan kanan dah sakit nie, tangan kiri dah terasa panas, bila nak sampai nie? Nape dia orang tak tarik aku masa aku aku tak dapat nak brek? Heiiii…. Help me la” tapi kata2 tu hanya terungkap di dalam hati aje. Tak dapat nak terluah. Rasa macam terkunci semuanya.

Hingga la aku sampai kebawah. Rasa lembik aku dibuatnya. Mujur kak ina datang untuk tenteramkan aku sambil membuka ikatan2 yang ade kat badan ku.

“Alhamdulillah, selamat aku”

Bila aku dah stabil aku naik keatas semula untuk pulang harnest, helmet dan kelengkapan yang aku guna tadi. Masa naik tu memang tak leh nak senyum lagi. Dia org asik kenakan aku aje. Lantak la nak kata ape, janji aku dah berjaya buat aktiviti tu.

“Ia la kan bila lagi kita nak buat benda nie, rasanya sekali dalam seumur hidup kot. Ok la at least aku dah mencuba kan……..

APA YANG PENTING “KERJASAMA”

Disini aku ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami membuat persiapan masa abseiling tempoh hari. Beberapa pelajar full time dan PERLU sanggup mengorbankan masa lapang mereka dan tenaga membantu kami dalam menyiapkan kelengkapan untuk kami abseiling.

Dalam bulan2 puasa nie mereka sanggup berpanas dan berpeluh bagi merealisasikan aktiviti kami berjalan dengan lancar. Mereka bekerjasama antara satu sama lain hingga kerja2 tersebut selesai dengan cepat.

Masa aku sampai tu dah tinggal sikit jer kerja2 yang belum beres. Jadi kami pun turut sama menyelesaikan kerja2 tersebut. Tapi bila ku pandang bawah, fuh….. sayup beb….

Kecik…..nya.

MY FEELING ALL IN 1

Pagi Sabtu yang lalu, kami student PLK-PDRM melakukan aktiviti abseiling. Kelas terpaksalah mula awal (jam 8.00 pagi) sebab nak elakkan cuaca yang panas terik bila waktu tengahari. Tapia de juga yang terlajak hingga sampai lewat.

Sampai di tempat parking kereta, kelihatan bangunan yang tersegam indah didepan. Ku lihat ke atas, kelihatan beberapa orang berada di tingkat 11 sambil melambai2kan tangan mereka. Kelihatan begitu kecil mereka.

Ha, bangunan tu la yang akan aku akan turun nie. Semakin laju ketar dilutut aku nie. Seluruh badan kurasa seperti sayup aje. Macam mana nie nak turun. Boleh ke aku turun. Pelbagai perasaan bercampur baur. Bila nak melangkah menuju ke bangunan tersebut, ku rasa kaki nie dah macam tak leh nak angkat berat semacam. Tapi mujur ade kengkawan yang memberi support.

Bila sampai di bangunan Fakulti Kejuruteraan tersebut terus saja kami menuju ke Tingkat 11.

Tuesday, September 1, 2009

Kayak di Tasik Shah Alam

Tempoh hari sebelum kami semua pergi ke Pulau Kapas, cik Hisyam adakan 1 kelas berkayak di Tasik Shah Alam. Semua dikehendaki berkumpul seawal jam 7.30 pagi di stor FSR untuk angkat kayak dan kelengkapan yang lain. Tapi bila tiba masanya hanya sebahagian sahaja yang datang. Yang lain tak dpt dtg awal.

Bila semua kayak dah diletakkan tepi tasik, arahan selanjutnya buat senaman regangan. ia la takut krem plak nanti masa kayak.

patner aku, Kak Zam atau lebih dikenali dengan nama Kak Koi. Dia pandai sikit berkayak, aku langsung tak pandai. Tu yang kayak kejap ke kiri kejap ke kanan. Penat giler tangan dan pinggang aku nie. Tapi kesian gak kat kak zam, penat juga dia kayuh dan kemudikan kayak memandangkan aku nie tak tau nak kasi kayak nie meluncur tegak kedepan.

Masa buat capsize kami dua2 tak dpt naik. Baru nak KZ nak naik bot mereka plak lalu. Ape lagi air tasik masuk la dalam top inside. KZ pun jatuh balik ke dalam tasik. Masa tu dah tak tau berapa byk air tasik yg coklat tu aku terminum. Akhirnya kami berdua tak dapat naik. Terpaksa plak kami bawa kayak kami ketepi untuk mengeluarkan air di dalam nya.

Kemudian kami naik semula untuk rafting dan kembali ke tempat asal kami mula. Masa nak naik ke darat tu KZ jatuh sekali lagi. Ia la masa dia nak turun tu tak bg tau dulu. Tup2 aku rasa kayak goyang dan dah tak leh nak kontrol. So, gedebus......... la.

Kuih raya

Tahun ini aku berazam nak buat sendiri kuih raya. Sekiranya tak jadi, maka kuih tunjuk juga la. Tapi aku nak cuba juga. Keluarga sebelah aku dah tetapkan 3 jenis untuk 1 keluarga. Sebelah suami dua jenis. Emmmm.....

Tahun lepas aku beli aje kuih2 raya tu. Sebab kuih yang dibuat tu tak jadi.

So, untuk merealisasikan impian aku tu, aku pun cuba la buat kuih raya. Cuba dulu, kalau jadi baru buat bebanyak. Ari ahad yang lalu aku cuba buat biskut coklat chips. Kuih raya kegemaranku. Resepinya pun aku dah ambil dalam internet. So, adunan aku ikut jer. Doh biskut dah jadi, tapi bila aku bakar....

“Ya Allah, hangus la. Ni yang buat aku frust nie”

Beberapa kali aku cuba namun ianya tetap hangus juga. Jadi aku rasa oven aku yang ade masalah. Nampaknya kena beli microwave nie.

Mujurla masa tu Tesco tengah offer. Dapat la aku beli microwave dan selesaikan bakar biskut tu. Kali nie biskut ku tu dapat dibakar tanpa hangus dan biskut tu pun rangup macam chipsmore.

Bila anak2 dan suami suka makan aku rasa bangga dan puas kerana dapat menyediakan biskut raya untuk mereka. Akhirnya aku Berjaya buat 1 jenis kuih untuk kali ini. ALHAMDULILLAH.

Ramadhan bulan mulia

Bulan Ramadhan tahun ini aku macam tahun2 yang lepas. Puasa dengan suami dan anak. Walaupun anak2ku tak posa. Tapi musim nie mereka sering jer demam, batuk dan selsema. Ni yang buat aku risau jer. Dah la sekarang nie penularan penyakit Holick 1 Nescafe 1 takut juga dibuatnya.

Tapi tahun nie ringan sikit beban aku nak buat kerja rumah kerana ade pembantu rumah. Bangun pagi aku hanya memasak makan sahur. Pastu dial ah yang basuh pinggan dan mengemas rumah. Lega cikit. Kalau tak dulu masa sahur aku masak, aku kemas, aku la semuanya.

Pas tu masa nak pi kerja, aku pi jer la. Anak2 dia jaga. Tak yah nak kejut dan hantar2 rumah orang. Bila balik kerja rumah dah kemas, anak dah mandi tenang rasanya. Aku Cuma masak untuk juadah berbuka.

Bukan nya tak nak beli ajer, tapi rasanya kalau masak sendiri tu rasa puas makan. Walaupun masak tak sedap. Tapi aku rasa puas bila anak2 dan suami makan bertambah atau pun berulang2 makan. Tu yang saiz kami semua saiz XL.

Kisah silam

Bila difikir2kan teringat kembali kisah silam aku masa dikampung. Masa tu tengah naik dan gila2.

Aku dan kakak pergi belakang rumah untuk panjat pokok duku. Pokoknya pun bukan nya tinggi sangat kira boleh naik la. Nak tunjuk punya terrar, aku panjat pokok tu dulu. Konon2 nya aku nie dah handal panjat pokok la.

Bila dah panjat, aku terpandang ke bawah. Dengan tetiba aku jadi takut dan gayat. Langsung tak leh nak gerak. Nak turun tak leh, nak naik pun tak leh. Puas la kakak aku nie suruh turun. Tapi kaki aku nie macam melekat kat pokok jer tak leh gerak. Peluh2 sejuk pun dah keluar. Badan pun dah rasa sejuk sebab takut.

Entah macam mane, aku bleh suruh kakak aku panggil bomba untuk turun kan aku. Ceh... buat malu jer.

Mujurla kakak aku nie bijak orang nya. Dia pun ambil tangga untuk aku turun. Diletakkannya tangga di tepi pokok dan dia naik atas untuk bantu aku. Bila dibantu boleh la aku turun tapi rasa takut gak. Hinggala selamat aku turun ke tanah.

Alhamdulillah, selamat. Lepas dari kejadian itu aku terus tak panjat2 pokok lagi. Malu kalau tak leh turun lagi. Kejadian nie pun terjadi masa kami dibangku sekolah dalam tingkat satu kot. Dah lama berlalu, tapi masih kekal dingatan aku dan kakak. Bila bab panjat pokok jer, kakak selalu gelakkan aku keranan beliau sendiri pun masih ingat peristiwa tersebut.
Tu la bila ada aktiviti abseiling nie rasa takut ku kembali semula. Teringat peristiwa yang lalu. Boleh ke aku buat nie???

Abseiling

Sabtu yang lalu, aku dan rakan2 menghadiri kelas outdoor recreation di Maktab PDRM Cheras. Cik Hisyam maklumkan nak buat abseiling.

“Hah, nak buat abseiling, boleh ke nie? Badan tengah berat.” Mujur la aku pakai seluar jean, niat dalam hati nak pakai baju kurung tadi.”

Tapi itu hanya gurauan semata. Aktiviti ini akan diadakan pada minggu depan dan dibuat di UiTM.

“Kat Maktab mane ade bangunan tinggi? Kat rumah aku atau bangunan Bukit Aman tu tinggi la”

Semasa pengajaran berkaitan abseiling disampaikan oleh cik hisyam, ketar juga kepala lutut aku nie. Tu baru dengar belum buat lagi. Buat nanti tak tau la nak cakap. Boleh sampai kebawah ke tidak.

Tingkat 11 beb tinggi tu. Kalau jatuh meninggal la. Kalau nasib baik boleh hidup tapi mesti patah riuk. Nauzzubillah mintak dijauhkan la perkara seperti itu.


Minta diselamatkan dan dilancarkan aktiviti ini. AMIN.