Pagi Sabtu yang lalu, kami student PLK-PDRM melakukan aktiviti abseiling. Kelas terpaksalah mula awal (jam 8.00 pagi) sebab nak elakkan cuaca yang panas terik bila waktu tengahari. Tapia de juga yang terlajak hingga sampai lewat.
Sampai di tempat parking kereta, kelihatan bangunan yang tersegam indah didepan. Ku lihat ke atas, kelihatan beberapa orang berada di tingkat 11 sambil melambai2kan tangan mereka. Kelihatan begitu kecil mereka.
Ha, bangunan tu la yang akan aku akan turun nie. Semakin laju ketar dilutut aku nie. Seluruh badan kurasa seperti sayup aje. Macam mana nie nak turun. Boleh ke aku turun. Pelbagai perasaan bercampur baur. Bila nak melangkah menuju ke bangunan tersebut, ku rasa kaki nie dah macam tak leh nak angkat berat semacam. Tapi mujur ade kengkawan yang memberi support.
Bila sampai di bangunan Fakulti Kejuruteraan tersebut terus saja kami menuju ke Tingkat 11.
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
No comments:
Post a Comment