Sunday, October 25, 2009

Kesimpulannya

Saya bernasib baik kerana dipilih untuk menyertai kos Diploma Sains Sukan di UiTM ini. Dalam tempoh tiga tahun setengah nie banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat. Banyak perubahan yang saya perolehi. Ilmu yang diperolehi itu tidak ternilai rasanya.oleh berkayak.

Dari pembelajaran ini saya dapat meningkatkan pemahaman dan interaksi dalam bahasa Inggeris. Saya dapat merasai melakukan kertas kerja secara berkumpulan. Walau pun ade yang curi tulang tetapi insan2 ini pandai untuk mengambil hati rakan2 yang melakukan tugasan tersebut. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah pengalaman berkhemah di Pulau Kapas. Dalam kerja saya pun, saya tidak pernah rasa pengalaman seperti itu. Saya rasa itu adalah pengalaman terakhir saya. Entah bila lagi rasanya dapat pengalaman sebegitu. Sebenarnya saya nie tak pernah pun tidor dalam khemah. Pasang khemah pun saya tak pernah. Sebab tu masa pasang khemah tempoh hari saya rasa teruja sangat. Lepas tu bila dah pandai, bila balik terus aje minta suami belikan khemah. Boleh juga dibawa masa berkelah nanti.

Sekarang saya dah boleh berkayak. Walau pun tak laju. Dulu masa bujang2, pernah juga naik kayak dgn Sh. Nor. Tapi kat tasik aje. Itu pun sekali dua aje. Pas kahwin tak pernah sentuh pun. Tu yang jadi zig zag. Tapi masa berkayak di Lautan China Selatan tu macam tak percaya plak. Dilautan luas tu apa2 leh terjadi. Mujur lah masa berkayak tu, aku tak teringat langsung pasal jerung. Tapi aku teringat kalau aku mati lemas macam mana lah. Habis daging2 aku nie dimakan ikan. Pastu orang plak makan ikan2 tu. Kemudian aku teerfikir, bagaimana lah nelayan2 yg pakai sampan2 kecil nie tangkap ikan dilautan yang seluas nie. Kena panas, ombak lautan yang masin nie, hujan dan macam2 risiko lagi. Kalau kat daarat tu boleh la berteduh. Kalau kat laut nak berteduh macam mane. Tu lah rasa kesian pun ade kat mereka nie.

Kemudian buat aktiviti abseiling. Dulu aku memang pandai panjat2 nie. Tapi panjat pokok lah. Tapi bila berlaku peristiwa aku tak leh nak turun bila panjat pokok duku tu terus aku tak pernah panjat pokok lagi. Hinggalah masa buat abseiling tu, aku lakukan jua demi tuntutan markah final ku. Kalau diberi pilihan mungkin aku tak kan sertainya. Walau pun takut aku selesai juga laksanakan tugasan tersebut. Yang penting aku selamat sampai ke bawah. Masa kat bawah tu memang lembik lutut aku dibuatnya. ngeri. Harap2 kalau aku sambung degree nanti tak de aktiviti macam nie lagi. Tetapi aktiviti ini memang letih dan dahaga. Buat plak tu dalam bulan puasa. Macam nak terbuka aje puasa aku. Nasib baik lah kawan2 aku ade untuk memberi semangat bagi meneruskan puasa tersebut. Kalau tak kena ganti lagi. Tetapi ade gak yang tak bleh nak tahan lalu Mc D lah yang dituju.

Kemudian kami buat aktiviti orienteering di Bukit Cerakah. Aku pernah pi sana semasa di alam persekolahan. Tapi yang paling aku ingat cuma rumah 4 musim aje. Yang lain2 tu tak igat langsung. Bila buat orienteering nie aku dapat pi semua tempat. Yang jauh pun aku jelajahi. Dapat lah aku tengok pokok2 rempah ratus. Walaupun cuma sekali lalu ajer tapi aku dah tahu pokok kayu manis tu macam mane. dan juga pokok yg lain. Dapat rasa makan durian yang dipelihara. memang buahnya tebal, kuning, lemak dan semuanya baik lah. Murah lagi tu.

Aktiviti seterusnya adalah low rope. Aktiviti nie perlukan keseimbangan badan untuk meniti diatas tali. kerjasama dari kawan2 amat perlu. Ini bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukannya. Almaklumlah final dah dekat. Plak tu kami nie ramai yang dah jadi mak orang. Anything happen to me, siapa yg susah. Tapi masa buat nie kurang sikit rasa penat dan dahaganya kerana kami semua bekerjasama masa melakukan. Biarlah menjadi rahsia kerjasama yang bagaimana kami lakukan untuk meyelesaikan aktiviti tersebut.

Aktiviti terakhir adalah flying fox. Seronok rasanya. Macam kita terbang aje. Tapi semua aktiviti2 yang dilakukan itu memaksa kita mematuhi arahan dan peraturan yang telah diberikan. Kerana ianya boleh melibatkan nyawa kita. Jika langkah berhati2 tidak diikuti maka kecederaan akan mengundang.

Sekiranya aku tak sertai aktiviti2 ini rasanya aku tak akan dapat peluang untuk melakukannya. Terima kasih kepada lecture, ahli PERLU dan student SR 221 yang sentiasa membantu kami dalam melaksanakan dan membuat persiapan bagi kami melakukan aktiviti tanpa sebarang halangan.

Akhir kata aku akan hargai pengalaman2 aku ini. Aku juga berpendapat aktiviti2 seperti itu dapat membuka minda dan berharap anak2 aku nanti dapat merasai pengalaman seperti ini seawal zaman persekolahan lagi. Jangan jadi seperti aku, dah tua baru dapat rasa semua ini. Semoga pengalaman ini akan dapat mematangkan pemikiran dan tindakan kita kelak.

Cedera

Ade beberapa orang yang cedera juga masa buat aktiviti flying fox nie. Umi cedera dikaki kerana kaki dia terseret dengan akar kayu masa nak berlepas. Menurut beliau mungkin terseliuh, tapi dia masih leh jalan lagi. Pastu Kak Ina, Haron, Liza dan beberapa orang lagi break lose kot sebab mereka terlanggar dengan pokok. Kesian cik Hafiz tu bersungguh2 tarik tali utk brek tapi nak wat cam ne, kederat dia sorang jer mana nak sama dengan kelajuan kami yang meluncur tu.Puas lah dia dok balut tgn dia ngan glove lain. Tapi mesti rasa panas punya bergesel dengan tali tu.

Bila nak habis baru lah cik Mazlin datang. Kalau dia dtg dari awal lag tak de la peristiwa langgar pokok. Sebab dia sorang aje dah cukup utk tarik kita orang. Untuk penutup aktiviti nie, rino buat aksi superman. Dia nie semuanya dia nak cuba. Tapi aksi tak berapa jadi. Mungkin sebab tali sling tu pendek cikit. Sebab tu kaki dia tak dapat naik ke atas.

Akhir sekali kami semua bersalam-salaman dengan semua pelajar SR 221 dan ahli2 PERLU yang sentiasa sudi membantu kami semua merealisasikan program yang telah dirancangkan.

Saturday, October 24, 2009

Flying Fox

Tepat jam 8.30 pagi kami semua dah berkumpul di atas bukit di kolam renang. Di sana juga terdapat student SR221 yang tetap setia membantu kami untuk menyiapkan persiapan flying fox. Ramai juga dalam 15 orang kot. Tapi macam biasa orang yang sama jugak. rajin bebudak nie. masa kami nak tolong tu mereka kata "tak pe kak, kami bleh buat". So, kami pun ketepi la. Sebab nak ikat2 nie tak leh ramai2, nanti byk mulut dari tangan yang jalan

Lama juga nak siapkan ikat tali tu. Berapa kali ikat. pastu buka balik sebab tali yang kat hujung satu lagi satu tu tak sampai. so, buka balik. Hingga la jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Baru la boleh dimulakan.

Sebelum mula tu, macam biasa la cik hisyam akan beri taklimat dulu. Pastu baca doa semoga perjalanan aktiviti kami ini mendapat restu dari yang Esa. Sebelum bersurai tu sempat juga cik hisyam kata, kerja2 persiapan tali ni lambat sebab banyak sangat lori berat. memula tu aku ingat apa kena mengena lori dengan aktiviti nie. Rupa2nya ada benda disebalik kata2 tu. Sebab nya adalah kami yang pompuan nie banyak yang duduk jer, tak tolong mereka masa tarik tali tu. Maaf la ye.

First, Student SR221 buat demo. Pastu KZ, Sapia, Yatie dan aku. Masa Yatie nak turun tu, cik Yazer datang kat tempat kami di atas bukit. Dia maklumkan ade sling yang 'burn'. Alamak, kalau dah burn tu bleh putus tau. Kami nie kus semangat beratnya.

Selepas cik Yazer berbincang dengan cik hisyam, akhirnya mereka gunakan sling tu dengan mengikat sling tu kat carb. Pastu kami pegang tali yang lebih tu. Bila tiba giliran aku, macam biasa kaki dan tangan aku akan sejuk. Takut. tinggi sangat. Masa nak ikat tu pun ade problem sikit sebab aku nie rendah tali yang nak disangkut tu tinggi. Jadi aku terpaksa panjat akar pokok tu atas cikit. Masa panjat tu masa nak ke depan jer. So, terpaksa la cik hisyam tarik tali ke bawah cikit. Last sekali aku kena pakai glove. Payah dibuatnya aku nak pakai glove bila dah pakai tali2 tu semuanya. Dah la macam tergantung sikit, nak pegang tali talgi, nak pakai sarung tangan lagi. Sebelah tangan aku berjaya pakai tapi yang sebelah nie asik nak terlucut jeer. Mujur cik hisyam perasan kesukaran aku tu. So, dia pun tolong aku pakai kan glove tu. Jangan mare yer lecture tolong. Bila lagi kan.

Masa turun tu aku dengan mereka jerit supaya angkat kaki buat L shape. Aku rasa macam tak leh tengok depan lalu aku pun pejam mata. Bila dah ok tu baru aku buka mata. Tapi laju ya amat. Mungkin sebab aku gemuk kot. Terus menuju ke tempat pendaratan. Nasib tak kena pokok. Tapi masa kat tetengah tu ade rasa gayat sikit. Bila sampai kat tempat lending rasa macam lembik lutut aku dibuatnya. Tapi dari awal lagi aku dah nekad buat nie. Dalam hati berdetik, takkan cik hisyam nak buat lebih kurang jer. cik hisyam nie teliti punya orang.

Aku bersyukur kerana telah berjaya melalui semua aktiviti yang diadakan untuk kami semua. kecuali aktiviti buat apungan badan sebelum ke Pulau Kapas sebab aku kena standby kat opis. Yang lain2 aku buat. Ade juga aku buat dengan rela hati dan ade juga yang dengan berat hati.

Gara-gara Flying Fox

Alamak, dah terlewat bangun. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Sempat ke aku nak bersiap nie. Itu pun mujur lah suami aku yang tersedar, kalau tidak mau nya terlajak sampai kesiang. Nie gara2 aku tidor lewat la malam td.

Apa lagi macam lipas kudung la aku bersiap. Mandi pun ala kadar jer. Selesai mandi jam 7.00 pagi. Masa tengah berkemas tu teringat plak yang kad bank aku ada pd suami. Lupa plak nak ambil. MAcam mane nie duit ade RM 6.00 jer. Itu pun balance semalam. Nak isi minyak pun tak cukup. Dalam dok bersiap tu, puas aku memikirkan mana nak cari duit nie. Minyak bleh lah guna kad kredit. Cam ne plak nak makan, mana cukup RM 6 ajer.

Cuba cari kat beg kerja, mana tahu ada selit-selit. Aku buka zip belakang ade RM 1, zip tengah tak de, zip depan pun tak de. Macam mane nie. Nak pinjam duit adik ipar, malu plak. Lastly aku buka poket depan. Alhamdulillah. Ade RM 25. Mujur ade. Total aku ade RM 35 la. Aku tumpang Mala ajer la. Lalu aku capai telefon dan telefon Mala. Maklumkan yang aku nak tumpang dia. Nasib menyebelahi aku bila mala tak keluar lagi. Jadi aku berpeluang untuk tumpang dia. 10 minit kemudian Mala dating dan aku pun bertolak ke UiTM Shah Alam.

Nie la pengalaman aku, bila duit kat tangan ade RM 6 aje. Tak pernah aku tinggal duit banyak tu aje. NIe gara2 malas nak cucuk duit kat bank, aku bagi kad kat suami. Last2 aku plak yg gigit jari.

Monday, October 19, 2009

BENGANG

Hari nie aku bengang nak kerja. Tak de mood langsung. manakan tidak, bos aku leh kata aku slow buat kerja2 yg diberi. Dah tua, tak ingat kerja2 tu dia bg kat org lain. Last minit aku yg kena buat. Klu aku tak buat tu alamat tak siap lg la. Dah org yg dia bg tu asik menular je, mana nak siap. mentang2 la dia dok usung bos ke sana kesini. Bodeklah selagi boleh bodek.

Memang jenis aku nie tak suka membodek. Klu bg keja aku buat, kalu nak ngipas2 nie bukan cara aku. Kalau org tak suka pun aku nak buat cam ne. Hidup biarlah dengan cara yg betul. Kalau dah rezeki tu tak ke mane.

Saturday, October 17, 2009

Rumah terbuka

Hari ini pi rumah terbuka cik sadek. Aku, KZ, Mala, Harun, Rino dan Tkah pi sekali. Hidangan yang disediakan sate, kambing bakar, mee kari, soto ayam, nasi lemak, buah anggur, honeydew, kuih koci, kek sarawak dan air sirap bikarbonat. Disebabkan takut sakit perut, aku makan soto dan air mineral. Takut kena sakit kepala n perut klu minum air gas bebanyak macam yg lepas.

Masa nak balik ari ujan plak. Tunggu lagi. Rakan2 dah byk kali ulang makan. Sementara tuggu tu dok cerita kisah2 lama dan dlm kelas. Ade gosip dan macam2 lg. Bila balik tu kami balik asing2. Dah la aku nie tak tau jalan, tu yg sesat sampai ke sg besi. Mujur jln balik tu aku tahu. Sampai kat umah jam 4.30 ptg. Sbb jln jem. Terima kasih cik sadek krn jemput kami semua.

Monday, October 12, 2009

Low Rope

Selesai buat test kami semua angkat barang menuju ke tempat kawasan buat low rope. Pada mulanya nak buat 6 jenis, tapi akibat kesuntukan masa kami buat 4 jenis low rope aje iaitu :-
1. Criss cross
2. Monkey cross
3. High postman walk
4. Forward tension travers.

Semua buat dengan bekerjasama, tarik tali, panjat pokok, buat ikatan, balut pokok dgn guni dan macam2 lagi. Bila dah selesai, aku tengok macam senang jer nak lalu. Ok semua boleh pas lah.

Bila kami tengah sibuk kemas kan low rope yg akhir, tetiba kami dengar "gebebuk" dibahagian tepi kami. Rupa2nya seorang rakan kami telah terjatuh dari forward tension travers. Dia tak dapat imbangkan badan masa jalan atas rope tadi. Nasib baik tak cedera. Dah la nak dekat exam nie. Selepas tu cik hisyam pun beri nasihat pada kami semua supaya berhati2 bila buat aktiviti.

Sebelum buat aktiviti, cik hisyam ingatkan supaya semua orang yang sedang buat xtvt tidak boleh menyentuh bumi. Sekiranya ada salah seorang tu terpijak bumi maka rakan2 yang dah buat tadi kena buat balik dari awal.

Oleh kerana tidak mahu buat semula, maka kami bersama2 membantu rakan2 yang buat xtvt agar tidak jatuh ketanah. Siap diangkat badan lagi. Ia lah kan kami nie semua berat2 belaka. tangan pun dah tak mampu nak tampung keberatan badan kami. Tapi kerjasama yang diberi itu walau pun tidak menepati kehendak cik hisyam tapi kami tetap berusaha untuk buat yang terbaik. Sehingga semuanya selesai kami semua berehat sambil minum air sarsi yang di bawa cik hisyam. Kemudian kami mengemas kembali peralatan yang digunakan seperti helmet, glove dan carmentel rope masuk ke dalam tempat yang disediakan.

Selesai semuanya kami berkumpul dan cik hisyam membacakan markah yang kami perolehi semasa buat knot test tadi. Rasanya maca rino paling tinggi. sebab bonus tu dia dapat ikat. Tahniah la rino. Buat kengkawan yang lain tu cuba lagi. Knot ni mungkin akan masuk final. kalau dah tau mesti kat hujung jari jer masa nak jawab nanti.

Knot test



hari yang dinanti telah tiba, kami semua menuju ke kolam renang UiTM. Sementara menunggu cik Hisyam datang, kami buat ulangkaji ikatan kerana ada test ikatan selepas buat low ropes. Aku macam tak yakin jer boleh buat. ikat firsherman knot pun tak jadi, buat reef kont tu kadang jadi kadang tak jadi. Boleh ke nie.

Bila cik hisyam datang, beliau bagi tahu kami semua kena buat knot test dulu. Kemudian baru buat low rope. Ha, seram sejuk aku di buatnya. Mesti dia buat ikut abjad. Aku lah orang pertama yg kena panggil. Memang sah dugaan aku bila aku dipanggil untuk buat knot bersama2 yatie, yus, kak kam, dan kak zalina. kami dibawa ke bahagian belakang dan diasingkan daripada rakan2 yang lain.

Masa dalam pengasingan tu, kami disuruh buat :-

1. Reef knot
2. clove hitch
3. butterfly knot
4. fisherman knot
5. double loop double figure eight
6. bowline
dan bonus double bowline

yang bonus tu memang aku tak ingat jadi group aku semuanya tak buat. Yang kesiannya kami group pertama nie banyak betul yang kena potong markah. ikatan betul tapi tak kemas pun kena potong markah. Tapi bila group ke2 nie tak kena potong markah plak. Tak aci... tak aci...
Ikatan tak betul pun dapat 1 markah. kesian kami nie. Tapi ok lah juga kerna beliau bagi markah tu pun pada yang kurang markah. Maka aku bersyukur lah dengan markah yang diberi.

Tapi masa tonton rakan2 buat ikatan nie kelakar pun ada. Ade ikatan yang terbelit kat tangan, ikatan siap selepas masa tamat dan macam2 lagi. ruginya aku tak bawa kamera. Kalau tak tau la wajah siapa yang kena.

Low Rope Teori


Hari nie aku belajar 14 jenis low ropes iaitu :-

1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. F1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. Foot Loop
6. Burma Bridge
7. Giant's/Jaccob Ladder
8. Monkey Cross
9. High Postman Walk
10. Foward Tension Traverse
11. Backward Tension Traverse
12. Chicken Walk
13. Leapord Crawl, andFoward Tension Traverse
11. Backward Tension Traverse
12. Chicken Walk
13. Leapord Crawl, and
14. Spider'web.

Rope-rope ini lah yang akan aku buat untuk praktikal minggu depan. Nampak macam mudah tapi bila tengok gambar2 pelajar yang buat sebelumnya kelakar pun ade. mana taknya baring jer dah sampai kehujungnya. tak payah nak gerak. Ade sebahagian tu tali dah cecah tanah, so jalan je macam biasa. Ade lagi satu tu tak cukup kayu, kaki tangan pun digunakan untuk buat tali. Tak tau la plak macam dengan kami. Kawasan yang dipilih adalah di kolam renang UitM.

Penyampaian hadiah

Bila semuanya dah sampai, tiba masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Kategori dimenangi oleh Yatie, Yus n Kak Mala. Kategori lelaki dimenangi oleh Cik PoG, Krul n cik Harun. Kesian rino walau pun sampai awal tapi dia tewas kerana tersalah punch masa kat menara cendawan. Walau bagaimanapun, dia sedar akan kesilapan nya kerana dia pun dah pernah masuk pertandingan Orienteering MAKSAK dulu. Tapi nasib tidak menyebelahi dia kali ini. Cuba lagi lain kali ok.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar SR221 dan PERLU yang sentiasa membantu kami dalam apa jua keadaan. Selesai semua nya kami pun pulang kerumah masing-masing. Walau pun penat kami tetap enjoy....

Balik rumah semua kesakitan tu baru terasa. Macam nak tercabut kaki nie dibuatnya. Tak boleh nak jalan. Muscle macam terkoyak rasanya. Masa tu hanya baring jer. Mujurla esoknya aku masih dalam cuti lagi. Anak ku yang kecil umpama memahami mamanya tengah sakit. Dia tak buat ragam dan tidur dengan lenanya. Sehingga esok pagi kesakitan itu berkurangan dan boleh la aku membuat kerja rumah.

Itu lah akibatnya jika badan kita nie tak fit. kerja 24 jam duduk jer. Bila kena naik bukit, ha menonggek dibuatnya.

Check Poin 10

Alhamdulillah....

Akhirnya sampai juga aku ke CP 10 Kampung Idaman (Perak). Aku memang dah tau da, kalau kita jumpa Kg Idaman tu mesti jauh lg kena jln nak cari rumah perak plak. Memang sah tu dia kat hujung sekali tu rumah nya. Kebetulan masa tengah mencari tu jumpa KZ, so sempat la posing jap. Pastu jalan sama2 utk balik ke pondok kat padang padi. Balik nie nak ikut jln pintas jer. masa nak masuk hutan tu kami terjumpa sebuah kereta peronda lalu tanya jalan pintas. Kata mereka ikut jalan bawah lagi dan macam2 lg. Bila pi sana tak de pun jambatan spt yg dikatakan tu. Apa la agaknya baru terjaga dr mimpi kot mereka nie.

Akhirnya kami ikut juga peta. Main jalan jer. masuk kebun durian dan tanya orang lg. Rupa nya kami dah dekat. bila turun bukit jer dah nampak pondok kami. Lalu aku pun cepat2 la turun bukit untuk ke penamat. Ingatkan kami orang yang terawal yang sampai, tapi dah ramai rupanya yang tiba dulu. Sampai saja kat pondok, aku terus serak orientering card dan capai minuman. Tekak aku memang kering tadi. Air yang dibawa pun dah habis. Selesai minum aku ambil roti untuk alas perut sambil menanti rakan2 yang lain.

Monday, October 5, 2009

Check Point 9

Ade jalan pintas tapi aku ade sikit confius. Akhirnya aku ambil keputusan guna jalan utama jer. Di pertengahan jalan, aku Tanya tukang sapu arah ke Padang paintball. Aku menuju kea rah yang ditunjukkan itu. Masa tu KZ dah ade kat belakang. So, kami pun jalan sesame. KZ hamper terjatuh masa lalu atas jalan simen di tepi jalan. Sebab jalan tu dah berlumut. Kalau tak mesti terduduk punya. Destinasi nie pun jauh sikit.

Kedengaran bunyi letupan, dia orang main mercun lagi ker. Tp masa jalan tu terpandang kain rentang tulis Paintball. Ha dah jumpa pun CP9 aku. Berlari2 la aku menuju ke kotak oren yang digantung kat pokok. Di padang Paintball ade beberapa orang sedang membuat latihan tembak paintball. Masa nak balik tu sempat plak KZ ambil gambar aku yang keletihan. “Aku nak tunggu dia ke tidak”. Tunggu la sekejap ade juga kawan. Tapi lama menunggu KZ tak keluar2 pun, buat ape plak la dia nie. Rupa2nya dia sempat berposing dengan pemain2 paintball tu.

Aku meneruskan perjalanan aku menuju ke CP 10 dan terakhir.

Check Point 8

Check point nie aku lihat boleh guna jalan pintas. Dekat sikit. Aku ikut di tepi2 kolam dan masuk ke dalam lorong kecil. Tapi lorong tu kelihatan ade bekas2 orang jalan. Dari jauh kedengaran bunyi deruman angin di dalam bangunan yang kelihatan. Betul la nie tempat nya. Rumah 4 musim. Aku terus menuju ke tempat tersebut. “Oh nie bahagian belakang nie, baik aku pi toilet dulu. Sat lagi tak selesa, dan silap2 tak jumpa toilet lagi. Selesai ke toilet aku menyusur ditepi2 bangunan untuk mencari pintu masuk ke rumah 4 musim.

Kotak oren aku temui di depan kaunter tiket. Lapas puncher aku tengok peta untuk pi CP 9.

Check Point 7

CP 7 nie aku dah lalu tadi. Nak guna jln pintas agak sukar sedikit. Sebab kelihatan agak bersemak dan berbukit. Biarla aku guna jalan utama. Lokasi yang tertulis di menara. So, kalau menara mesti tinggi. Jadi dari jauh dah Nampak.

Bila sampai kat Taman Cendawan aku terus ternampak menara yang dimaksudkan. Kat situ aku Nampak ade 2 kotak oren. 1 tu rendah sikit, yg satu lg yang paling tinggi.

“Mustahil mereka nie nak letak kat tempat yang rendah2. Mesti yang tinggi. Aduh nak naik tangga la plak.”

Masa naik tangga tulang kaki ku telah terkena anak tangga, sakit bukan kepalang. Dah la tu licin plak sebab tadi hujan. Kat atas menara jumpa Krul tengah ambil bearikg kawasan. Rajin nya dia. Aku, bila dah dapat jumpa kotak oren jer terus aku puncher dan pergi kedestinasi seterusnya. Tak kuasa aku nak cari2 bearing nie. Dah klu lokasi telah diberi pegi ajer la. Semasa turun aku turun dengan berhati2. Kasut yg aku pakai ari nie agak besar, anak tangga tu plak kecil. Takut juga tergelincir kat tangga tu.
Selepas sampai ke bawah aku terus menuju ke CP 8.

Check Point 6

CP 6 nie, bila tengok kat peta tak lah berapa jauh. Cuma ianya naik bukit dan agak berliku. Tapi realitinya tempat tu yang paling jauh kurasakan. Manakan tidaknya kat hujung sekali lokasinya. Ingatkan bila jumpa simpang, dah nak sampai tapi bila jumpa Yus kat Taman Cendawan dia kata jauh lagi. Bertambah berat rasanya badan aku bila mendengarnya. Masa aku terus jalan tu, aku jumpa mala n sapia. Mereka pun kata jauh lagi dan jangan keliru dengan trick yang mereka buat. Tengok nombor bebetul.

Setelah mendengar cakap mereka aku terus kan perjalanan. Tak lama kemudian aku jumpa yatie plak. Dah la muka dia putih, Nampak pucat plak bibir dia nie. Dia pun kata jgn konfius masa kat sane nanti ade 2 kota oren jaga2. “Kau Tanya la kat tukang sapu dia ade kat tepi jalan”. Ok terima kasih kepada rakan2 yang membantu.

Tiba dikawasan taman rempah ratus, kelihatan kak kam sedang keluar menuju ke jalan utama. “Kat sini ke tempat yang dimaksudkan”. Aku pun jalan ke dalam, tapi tak de pun pokok orked, yang ade pokok rempah ratus. Melihatkan perbuatan aku tercari2 tu, seorang pekerja di taman tu menegurku dan bertanyakan destinasi yang aku cari. “Taman orked” kata2 tu terus jer terpancul dimulutku. “Oh itu depan lagi, jauh lagi kena jalan” kata pekerja tersebut. Tanpa berlengah masa aku terus menuju ke jalan utama untuk meneruskan perjalanan aku selepas mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut.

Memang jauh rupanya. Bila aku sampai jerk at situ Rino pun sampai. Memang ade 2 kotak oren. Tapi kena tengok nombor yang betul baru aku puncher kan kat kotak CP6. Kalau silap sia2 jer penat lelah aku nie. Bila dah puncher, aku patah balik untuk pi CP7.

Check Point 5

“Mak datok tingginya bukit. Nape la adik2 nie cari tempat yang tinggi. Kami nie orang2 yang dah berumur mane larat nak panjat bukit. Memangla kami polis tapi dah lame service, agak kurang fitnya tu. Lain la kalau masa muda2 dulu. Mesti berlari panjat bukit yang curam tu.”

Tapi terpaksa juga panjat bukit tu. Rasa macam nak duduk jer atas jalan tar. Kaki nie pun dah nak tercabut rasanya. Masa dalam perjalan tu, cik Yasser dan cik hafiz naik motor menuju ke atas bukit. Motor yang mereka naik pun macam tak larat nak menampung keberatan badan mereka berdua. Sekiranya mereka menuju kea rah atas maka jalan yang aku tuju nie betul la.

Jalan punya jalan akhirnya sampai juga aku ke empangan air kuning. Tapi masa tu tak denya aku nak tengok ade tak empangan kat kawasan tu. Bila aku Nampak kotak oren jer terus je aku meluru ke situ. Bila tengok nombor sama dengan dalam peta terus jer aku puncher kat petak ke 5. Masa tu mereka berdua masih ade lg kat situ. Bunyi letupan mercun tadi dia orang la yang buat. Ok juga, maka monyet2 yang ade kat kawasan tu pun bertempiaran lari. Selamat dari kena ganguan monyet2 hutan.
Aku terus kan perjalan menuju ke CP seterusnya.

Check Point 4

“Kalau tengok peta, macam jalan yang aku lalu tadi. Ade kolam. Tapin tadi macam paya jer. Baik aku Tanya tukang sapu nie. Ha nie la gunanya kompas masyarakat.” “Kak, kat ne kolam kak?” Tukang sapu tu maklum kan kolam renang tu ade di hadapan lagi. Kolam renang ke yang dimaksudkan dalam peta ni. Jalan je la, benda nie mesti kat hujung jalan.

Jauh juga aku jalan. Tapi aku teruskan aje sampai habis jalan. Dari jauh kelihatan kotak oren digantung ditepi kolam. Aku pun berlari menuju ke kotak tersebut. Kononnya nak cepat sampai. Sebab kak zam dah dekat kat belakang. Selesai stepler aku berlari menuju ke CP 5 di Persimpangan Air Kuning. Masa nak pergi jalan utama tu aku lihat kak zam tengah stepler CP 4.

Mujur la aku ade bawa air masak, boleh la aku basahkan tekak, sebelum aku teruskan perjalan ke CP seterusnya.

Check Point 3

Masa nak masuk ke pondok tadi, saya ade terperasan pintu masuk ke Taman Haiwan. Kat simpang tiga tadi tunjuk taman haiwan terus. Kalau tengok kat peta ade jalan pintas. Tapi ditengah2 tu macam ade berpagar tapi bleh lalu kat tepi2 tu.

“Nak ikut jalan pintas ke tak nak. Jalan utama jauh sikit, jalan pintas nie dekat sikit. Ala tak pe la ikut jalan utama, tak risau kalau sesat. Dah la sorang2. Takut aku.”

Saya terus kan perjalanan menuju Taman Haiwan. Kedudukannya kat tepi jalan sebelah kiri. Jalan punya jalan. Saya terperasan arrow ke taman haiwan. Lalu tanpa fikir panjang, saya pun masuk ke kawasan taman haiwan tu.

“Mana kandang rusa, yang ade kandang kuda, , burung dan beberapa lagi la. Tapi tak de pun kandang rusa’ kata kat taman haiwan. Kalau nak patah balik penat nie. Tadi turun bukit tak pe, nie nak naik bukit. Peh!!!.

Bila tengok peta balik, kawasan kandang rusa tu tak de pun kolam dan kedudukan memang kat tepi jalan utama. Sah memang dah salah jalan. Baik patah balik, sat lagi makin jauh.

Saya pun patah balik kat jalan utama dan terus mara kedepan. Rupa2nya memang ade kandang rusa kat situ. Macam mane saya tak perasan sign board kandang kuda kat depan tu. Buang masa jer.

Sampai kat kandang rusa, saya lihat kotak oren tu macam kat dalam kandang jer. Biar betul dia orang nie? Nak ikut mane nie, kiri ke kanan yang paling cepat. Sedang asyik tercari2, pakcik yang sedang mencuci kandang suruh ikut sebelah kiri. Sebelah kanan tak de jalan menurut beliau. Saya pun terus belok kiri dan menuju ke kotak oren CP 3. Masa menuju ke CP 3, saya terlihat jalan yang menuju ke taman haiwan yang saya masuk tadi. Ade jalan pintas rupanya. Buang masa lagi saya nie.
Bila dah sampai di kotak oren, saya pun keluarkan score card untuk distepler. Tetapi sesuatu telah terjadi.

"HILANG"

“Eh, mane nie score card aku nie? Tadi aku pegang dengan peta nie.” Aku tengok dalam beg tak de, dalam poket tak de. Sah la memang tercicir. Bila tengok aku tercari2, pakcik tadi pun menegur mengapa aku begitu.

Dengan perasaan hampa aku maklumkan ade barang yang tertinggal. Dalam hati tu aku rasa macam nak menangis aje kat situ. Dah la penat. Bila sampai kat situ, kad tak de plak. Apa harus aku buat. Give up aku. Kay hati nie macam tak nak terus kana je game ini. Aku nak rehat aje kat pondok tu. Tapi rasa rugi plak, bila tengok rakan2 nanti bercerita tentang pengalaman mereka. Kalau nak minta card tu balik dah buang masa. Tapi CP 1-3 aku dah tahu boleh terus tuju aje.

Baik aku patah balik. Ikut jalan yang aku masuk tadi. Kot2 tercicir. Bercinta sungguh aku nak naik bukit kat kolam tadi. Tinggi. Tapi mungkin cicir kat situ. Tak de gak. Emmm..... patah balik la jawabnya.

Masa aku keluar dari lorong taman haiwan menuju ke pondok, Kak Zam seolah2 dapat membaca perbuatanku. Beliau suruh aku tunggu jerk at tempat aku berjalan tu. Rupa2nya kad tu ada pada dia. Syukur Alhamdulillah. Gembira tak terhingga rasanya. Mujur kak zam jumpa. Kalau tak mesti kena mula dari awal. Kak zam kata dia jumpa kat pintu gerbang Taman haiwan. Ha kat situ la aku dok belek peta sebab nak guna jalan pintas. Akhirnya kad aku yang terjatuh.

Memang aku ade niat nak masukkan kad aku tu kat dalam poket, tapi tangan tak terus simpan sebaliknya terus jer pegang.

Lepas dapat kad dan ucap terima kasih kat Kak Zam aku terus tuju ke kandang rusa. Lepas stepler aku tuju ke CP 4 (Kolam).

Check Point 2

Ha nie senang cikit. Masa masuk tadi saya ade berhenti di depan surau tu untuk singgah ke toilet.

“Eh, tengok peta dulu, mane tahu ade jalan pintas. Ha ade pun. Ikut bukit nie la, jumpa belakang surau, tak yah nak guna jalan utama, jauh. Bleh save time.”

Masa saya nak naik bukit menuju ke surau kelihatan Rino sedang berlari menuju ke CP 1. “Awal nya budak nie sampai”. Mesti saya lewat masa nak cari lorong tadi nie, tu sebab Rino dapat kejar.

“Aduh nak lari tak larat. Badan dah sihat naik bukit la plak, tak pe la jalan aje la”. Baru saja saya nak sampai ditepi suran, Rino dah ade kat belakang dan terus potong saya.

“Ha, ikut belakang dia la”.

Tapi tak sempat nak kejar Rino dah hilang. Terpaksa la saya mencari kat mane kotak oren tu. Jalan punya jalan, jumpa juga kotak tu tersangkut kat belakang sebelah kanan surau. Bila dah stepler, CP seterusnya di Taman Haiwan (Kandang Rusa).