Sunday, October 25, 2009

Kesimpulannya

Saya bernasib baik kerana dipilih untuk menyertai kos Diploma Sains Sukan di UiTM ini. Dalam tempoh tiga tahun setengah nie banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat. Banyak perubahan yang saya perolehi. Ilmu yang diperolehi itu tidak ternilai rasanya.oleh berkayak.

Dari pembelajaran ini saya dapat meningkatkan pemahaman dan interaksi dalam bahasa Inggeris. Saya dapat merasai melakukan kertas kerja secara berkumpulan. Walau pun ade yang curi tulang tetapi insan2 ini pandai untuk mengambil hati rakan2 yang melakukan tugasan tersebut. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah pengalaman berkhemah di Pulau Kapas. Dalam kerja saya pun, saya tidak pernah rasa pengalaman seperti itu. Saya rasa itu adalah pengalaman terakhir saya. Entah bila lagi rasanya dapat pengalaman sebegitu. Sebenarnya saya nie tak pernah pun tidor dalam khemah. Pasang khemah pun saya tak pernah. Sebab tu masa pasang khemah tempoh hari saya rasa teruja sangat. Lepas tu bila dah pandai, bila balik terus aje minta suami belikan khemah. Boleh juga dibawa masa berkelah nanti.

Sekarang saya dah boleh berkayak. Walau pun tak laju. Dulu masa bujang2, pernah juga naik kayak dgn Sh. Nor. Tapi kat tasik aje. Itu pun sekali dua aje. Pas kahwin tak pernah sentuh pun. Tu yang jadi zig zag. Tapi masa berkayak di Lautan China Selatan tu macam tak percaya plak. Dilautan luas tu apa2 leh terjadi. Mujur lah masa berkayak tu, aku tak teringat langsung pasal jerung. Tapi aku teringat kalau aku mati lemas macam mana lah. Habis daging2 aku nie dimakan ikan. Pastu orang plak makan ikan2 tu. Kemudian aku teerfikir, bagaimana lah nelayan2 yg pakai sampan2 kecil nie tangkap ikan dilautan yang seluas nie. Kena panas, ombak lautan yang masin nie, hujan dan macam2 risiko lagi. Kalau kat daarat tu boleh la berteduh. Kalau kat laut nak berteduh macam mane. Tu lah rasa kesian pun ade kat mereka nie.

Kemudian buat aktiviti abseiling. Dulu aku memang pandai panjat2 nie. Tapi panjat pokok lah. Tapi bila berlaku peristiwa aku tak leh nak turun bila panjat pokok duku tu terus aku tak pernah panjat pokok lagi. Hinggalah masa buat abseiling tu, aku lakukan jua demi tuntutan markah final ku. Kalau diberi pilihan mungkin aku tak kan sertainya. Walau pun takut aku selesai juga laksanakan tugasan tersebut. Yang penting aku selamat sampai ke bawah. Masa kat bawah tu memang lembik lutut aku dibuatnya. ngeri. Harap2 kalau aku sambung degree nanti tak de aktiviti macam nie lagi. Tetapi aktiviti ini memang letih dan dahaga. Buat plak tu dalam bulan puasa. Macam nak terbuka aje puasa aku. Nasib baik lah kawan2 aku ade untuk memberi semangat bagi meneruskan puasa tersebut. Kalau tak kena ganti lagi. Tetapi ade gak yang tak bleh nak tahan lalu Mc D lah yang dituju.

Kemudian kami buat aktiviti orienteering di Bukit Cerakah. Aku pernah pi sana semasa di alam persekolahan. Tapi yang paling aku ingat cuma rumah 4 musim aje. Yang lain2 tu tak igat langsung. Bila buat orienteering nie aku dapat pi semua tempat. Yang jauh pun aku jelajahi. Dapat lah aku tengok pokok2 rempah ratus. Walaupun cuma sekali lalu ajer tapi aku dah tahu pokok kayu manis tu macam mane. dan juga pokok yg lain. Dapat rasa makan durian yang dipelihara. memang buahnya tebal, kuning, lemak dan semuanya baik lah. Murah lagi tu.

Aktiviti seterusnya adalah low rope. Aktiviti nie perlukan keseimbangan badan untuk meniti diatas tali. kerjasama dari kawan2 amat perlu. Ini bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukannya. Almaklumlah final dah dekat. Plak tu kami nie ramai yang dah jadi mak orang. Anything happen to me, siapa yg susah. Tapi masa buat nie kurang sikit rasa penat dan dahaganya kerana kami semua bekerjasama masa melakukan. Biarlah menjadi rahsia kerjasama yang bagaimana kami lakukan untuk meyelesaikan aktiviti tersebut.

Aktiviti terakhir adalah flying fox. Seronok rasanya. Macam kita terbang aje. Tapi semua aktiviti2 yang dilakukan itu memaksa kita mematuhi arahan dan peraturan yang telah diberikan. Kerana ianya boleh melibatkan nyawa kita. Jika langkah berhati2 tidak diikuti maka kecederaan akan mengundang.

Sekiranya aku tak sertai aktiviti2 ini rasanya aku tak akan dapat peluang untuk melakukannya. Terima kasih kepada lecture, ahli PERLU dan student SR 221 yang sentiasa membantu kami dalam melaksanakan dan membuat persiapan bagi kami melakukan aktiviti tanpa sebarang halangan.

Akhir kata aku akan hargai pengalaman2 aku ini. Aku juga berpendapat aktiviti2 seperti itu dapat membuka minda dan berharap anak2 aku nanti dapat merasai pengalaman seperti ini seawal zaman persekolahan lagi. Jangan jadi seperti aku, dah tua baru dapat rasa semua ini. Semoga pengalaman ini akan dapat mematangkan pemikiran dan tindakan kita kelak.

No comments: