Monday, October 5, 2009

Check Point 7

CP 7 nie aku dah lalu tadi. Nak guna jln pintas agak sukar sedikit. Sebab kelihatan agak bersemak dan berbukit. Biarla aku guna jalan utama. Lokasi yang tertulis di menara. So, kalau menara mesti tinggi. Jadi dari jauh dah Nampak.

Bila sampai kat Taman Cendawan aku terus ternampak menara yang dimaksudkan. Kat situ aku Nampak ade 2 kotak oren. 1 tu rendah sikit, yg satu lg yang paling tinggi.

“Mustahil mereka nie nak letak kat tempat yang rendah2. Mesti yang tinggi. Aduh nak naik tangga la plak.”

Masa naik tangga tulang kaki ku telah terkena anak tangga, sakit bukan kepalang. Dah la tu licin plak sebab tadi hujan. Kat atas menara jumpa Krul tengah ambil bearikg kawasan. Rajin nya dia. Aku, bila dah dapat jumpa kotak oren jer terus aku puncher dan pergi kedestinasi seterusnya. Tak kuasa aku nak cari2 bearing nie. Dah klu lokasi telah diberi pegi ajer la. Semasa turun aku turun dengan berhati2. Kasut yg aku pakai ari nie agak besar, anak tangga tu plak kecil. Takut juga tergelincir kat tangga tu.
Selepas sampai ke bawah aku terus menuju ke CP 8.

No comments: