Sunday, October 25, 2009

Cedera

Ade beberapa orang yang cedera juga masa buat aktiviti flying fox nie. Umi cedera dikaki kerana kaki dia terseret dengan akar kayu masa nak berlepas. Menurut beliau mungkin terseliuh, tapi dia masih leh jalan lagi. Pastu Kak Ina, Haron, Liza dan beberapa orang lagi break lose kot sebab mereka terlanggar dengan pokok. Kesian cik Hafiz tu bersungguh2 tarik tali utk brek tapi nak wat cam ne, kederat dia sorang jer mana nak sama dengan kelajuan kami yang meluncur tu.Puas lah dia dok balut tgn dia ngan glove lain. Tapi mesti rasa panas punya bergesel dengan tali tu.

Bila nak habis baru lah cik Mazlin datang. Kalau dia dtg dari awal lag tak de la peristiwa langgar pokok. Sebab dia sorang aje dah cukup utk tarik kita orang. Untuk penutup aktiviti nie, rino buat aksi superman. Dia nie semuanya dia nak cuba. Tapi aksi tak berapa jadi. Mungkin sebab tali sling tu pendek cikit. Sebab tu kaki dia tak dapat naik ke atas.

Akhir sekali kami semua bersalam-salaman dengan semua pelajar SR 221 dan ahli2 PERLU yang sentiasa sudi membantu kami semua merealisasikan program yang telah dirancangkan.

1 comment:

kakkoi6779 said...

kalau guna brek kaki rasanya bolih berhenti nie.... tapi....mungkin mereka guna brek tangan kot. tu yang menyasor-nyasor. heh, heh, heh