Saturday, October 24, 2009

Flying Fox

Tepat jam 8.30 pagi kami semua dah berkumpul di atas bukit di kolam renang. Di sana juga terdapat student SR221 yang tetap setia membantu kami untuk menyiapkan persiapan flying fox. Ramai juga dalam 15 orang kot. Tapi macam biasa orang yang sama jugak. rajin bebudak nie. masa kami nak tolong tu mereka kata "tak pe kak, kami bleh buat". So, kami pun ketepi la. Sebab nak ikat2 nie tak leh ramai2, nanti byk mulut dari tangan yang jalan

Lama juga nak siapkan ikat tali tu. Berapa kali ikat. pastu buka balik sebab tali yang kat hujung satu lagi satu tu tak sampai. so, buka balik. Hingga la jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Baru la boleh dimulakan.

Sebelum mula tu, macam biasa la cik hisyam akan beri taklimat dulu. Pastu baca doa semoga perjalanan aktiviti kami ini mendapat restu dari yang Esa. Sebelum bersurai tu sempat juga cik hisyam kata, kerja2 persiapan tali ni lambat sebab banyak sangat lori berat. memula tu aku ingat apa kena mengena lori dengan aktiviti nie. Rupa2nya ada benda disebalik kata2 tu. Sebab nya adalah kami yang pompuan nie banyak yang duduk jer, tak tolong mereka masa tarik tali tu. Maaf la ye.

First, Student SR221 buat demo. Pastu KZ, Sapia, Yatie dan aku. Masa Yatie nak turun tu, cik Yazer datang kat tempat kami di atas bukit. Dia maklumkan ade sling yang 'burn'. Alamak, kalau dah burn tu bleh putus tau. Kami nie kus semangat beratnya.

Selepas cik Yazer berbincang dengan cik hisyam, akhirnya mereka gunakan sling tu dengan mengikat sling tu kat carb. Pastu kami pegang tali yang lebih tu. Bila tiba giliran aku, macam biasa kaki dan tangan aku akan sejuk. Takut. tinggi sangat. Masa nak ikat tu pun ade problem sikit sebab aku nie rendah tali yang nak disangkut tu tinggi. Jadi aku terpaksa panjat akar pokok tu atas cikit. Masa panjat tu masa nak ke depan jer. So, terpaksa la cik hisyam tarik tali ke bawah cikit. Last sekali aku kena pakai glove. Payah dibuatnya aku nak pakai glove bila dah pakai tali2 tu semuanya. Dah la macam tergantung sikit, nak pegang tali talgi, nak pakai sarung tangan lagi. Sebelah tangan aku berjaya pakai tapi yang sebelah nie asik nak terlucut jeer. Mujur cik hisyam perasan kesukaran aku tu. So, dia pun tolong aku pakai kan glove tu. Jangan mare yer lecture tolong. Bila lagi kan.

Masa turun tu aku dengan mereka jerit supaya angkat kaki buat L shape. Aku rasa macam tak leh tengok depan lalu aku pun pejam mata. Bila dah ok tu baru aku buka mata. Tapi laju ya amat. Mungkin sebab aku gemuk kot. Terus menuju ke tempat pendaratan. Nasib tak kena pokok. Tapi masa kat tetengah tu ade rasa gayat sikit. Bila sampai kat tempat lending rasa macam lembik lutut aku dibuatnya. Tapi dari awal lagi aku dah nekad buat nie. Dalam hati berdetik, takkan cik hisyam nak buat lebih kurang jer. cik hisyam nie teliti punya orang.

Aku bersyukur kerana telah berjaya melalui semua aktiviti yang diadakan untuk kami semua. kecuali aktiviti buat apungan badan sebelum ke Pulau Kapas sebab aku kena standby kat opis. Yang lain2 aku buat. Ade juga aku buat dengan rela hati dan ade juga yang dengan berat hati.

2 comments:

kakkoi6779 said...

A'kum
Nyah... nasib baik sempat buka mata, kalau tak buka mata koi takut awak rempuh pokok je

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

kita nie tak de pengalaman, org ade pengalaman pun rempoh pokok... cam ne