Monday, October 5, 2009

BUKIT CERAKAH

Hari yang dinanti telah tiba. Tepat jam 8.30 pagi tanggal 30/9/2009 saya dan rakan2 telah berkumpul dipintu masuk Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah. Ini merupakan kali ke2 saya menjejakkan kaki di sini. Kali pertama semasa umur aku 12 tahun. Itu pun cikgu buat rombongan sekolah. Maka tahu la saya di situ terdapat rumah 4 musim, tak la jakun sangat dibuatnya.

Kebetulan semasa kami sampai tu hari hujan. Ingatkan program tak jadi, tapi menurut pelajar Ijazah ianya tetap akan dijalankan walaupun hari hujan. Alah bukan nya lebat sangat. Ok la tak panas. Tapi biasala bila melayan orang2 yang berusia nie banyak la cengkadak nya. Takut demam la, dan macam2 lagi. Dia tak ingat adik2 yang tolong kita tu sehari sebelum lagi dia dah turun padang. Hari rabu tu juga dia orang korbankan masa tidur mereka untuk tolong kami semua. Walau pun mereka ada kelas, mereka sanggup dating awal pagi bagi merealisasikan rancangan yang telah diprogramkan tu.

Terima kasih la buat adik2 semua, jasa korang memang tak terbalas. Lagi satu buat PERLU yang sentiasa membantu kerja2 kami.

Setelah beberapa lama menunggu, Cik Hisyam pun dating bersama isterinya. Kami semua diarahkan untuk masuk ke dalam untuk mendapatkan arahan selanjutnya daripada beliau. Walau bagaimanapun, kenderaan tidak dibenarkan masuk ke dalam. Maka kami berjalan beramai2 menuju ke destinasi yang seterusnya.

No comments: