Bila difikir2kan teringat kembali kisah silam aku masa dikampung. Masa tu tengah naik dan gila2.
Aku dan kakak pergi belakang rumah untuk panjat pokok duku. Pokoknya pun bukan nya tinggi sangat kira boleh naik la. Nak tunjuk punya terrar, aku panjat pokok tu dulu. Konon2 nya aku nie dah handal panjat pokok la.
Bila dah panjat, aku terpandang ke bawah. Dengan tetiba aku jadi takut dan gayat. Langsung tak leh nak gerak. Nak turun tak leh, nak naik pun tak leh. Puas la kakak aku nie suruh turun. Tapi kaki aku nie macam melekat kat pokok jer tak leh gerak. Peluh2 sejuk pun dah keluar. Badan pun dah rasa sejuk sebab takut.
Entah macam mane, aku bleh suruh kakak aku panggil bomba untuk turun kan aku. Ceh... buat malu jer.
Mujurla kakak aku nie bijak orang nya. Dia pun ambil tangga untuk aku turun. Diletakkannya tangga di tepi pokok dan dia naik atas untuk bantu aku. Bila dibantu boleh la aku turun tapi rasa takut gak. Hinggala selamat aku turun ke tanah.
Alhamdulillah, selamat. Lepas dari kejadian itu aku terus tak panjat2 pokok lagi. Malu kalau tak leh turun lagi. Kejadian nie pun terjadi masa kami dibangku sekolah dalam tingkat satu kot. Dah lama berlalu, tapi masih kekal dingatan aku dan kakak. Bila bab panjat pokok jer, kakak selalu gelakkan aku keranan beliau sendiri pun masih ingat peristiwa tersebut.
Tu la bila ada aktiviti abseiling nie rasa takut ku kembali semula. Teringat peristiwa yang lalu. Boleh ke aku buat nie???
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
No comments:
Post a Comment