Bulan Ramadhan tahun ini aku macam tahun2 yang lepas. Puasa dengan suami dan anak. Walaupun anak2ku tak posa. Tapi musim nie mereka sering jer demam, batuk dan selsema. Ni yang buat aku risau jer. Dah la sekarang nie penularan penyakit Holick 1 Nescafe 1 takut juga dibuatnya.
Tapi tahun nie ringan sikit beban aku nak buat kerja rumah kerana ade pembantu rumah. Bangun pagi aku hanya memasak makan sahur. Pastu dial ah yang basuh pinggan dan mengemas rumah. Lega cikit. Kalau tak dulu masa sahur aku masak, aku kemas, aku la semuanya.
Pas tu masa nak pi kerja, aku pi jer la. Anak2 dia jaga. Tak yah nak kejut dan hantar2 rumah orang. Bila balik kerja rumah dah kemas, anak dah mandi tenang rasanya. Aku Cuma masak untuk juadah berbuka.
Bukan nya tak nak beli ajer, tapi rasanya kalau masak sendiri tu rasa puas makan. Walaupun masak tak sedap. Tapi aku rasa puas bila anak2 dan suami makan bertambah atau pun berulang2 makan. Tu yang saiz kami semua saiz XL.
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
No comments:
Post a Comment