Thursday, August 20, 2009

PERSIAPAN KE FINAL CAMP

Tanggal 14hb Ogos 2009 jam 9.00 pagi kami kumpulan PLK PDRM dan full time student in Sport Science & Recreaction telah menghadiri majlis perasmian Final Camp Pulau Kapas yang telah diadakan di dewan kuliah UiTM. Majlis berjalan dengan lancar. Tuan Azlan telah hadir sebagai Wakil PDRM.
Selepas selesai majlis perasmian semua pelajar telah berhimpun dihadapan stor FSR untuk loading barang kedalam lori. Barang-barang yang dibawa termasuklah kayak, pedal, peralatan penyelamat, PFD dan sebagainya. Sebanyak 2 buah lori telah dipenuhi dengan peralatan tersebut. Kemudian kami semua diarahkan untuk membantu pelajar full time untuk mengankat keperluan dapur yang terletak di stor Kolej Kenanga. Walau bagaimanapun, aku, kak koi dan yatie telah tersesat jalan dan terus menuju ke pimtu utama. Apabila telah penat mencari jalan ke kolej tersebut tetapi masih tidak ketemu, kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari terlebih dahulu kerana perut tengah berkeroncong.
Semasa makan kami menelefon rakan2 yang lain. Katanya mereka yang lain sedang makan tengahari. Ok la tu. Kami dikira tak curi tulang la. Selesai makan kami masuk semula ke dalam UiTM. Disana seorang pelajar membawa kami ke stor barang dapur. Tu dia aku lihat banyak barang2 yang perlu dibawa termasuk la gas, dapur, beras, makanan dalam tin dan sebagainya. Selepas selesai aku dan rakan2 balik ke rumah untuk menyiapkan persiapan untuk ke Pulau Kapas pada waktu petang.

No comments: