Friday, August 7, 2009

PERCUTIANKU

Hari rabu dan khamis yang lalu, aku sekeluarga pergi bercuti di Sunway Pyramid. Ala cuma satu malam je tinggal kat Resort Suit Sunway Pyramid. Kami check-in jam 4.00 petang. Daftar dan terus menuju ke bilik di tingkat 15. Bilik boleh tahan, siap ada dapur lagi. Tapi aku tak bawa apa2 pun bekalan dari rumah. Anak sulungku terus menuju ke bilik air untuk mandi di tab mandi. Almaklumlah di rumah tak de tab mandi. Punya la lama dia berendam. Aku menguruskan anak yang kecil yang kurang sihat. Selesai Amir mandi, dia kata lapar. Alamak makanan satu pun tak de. Suami suruh aku pi compleks kat bawah, tapi aku takut pi sorang2, takut sesat. Jadi ambil keputusan order je kat cafe hotel. Selang setengah jam, makanan pun sampai. Kena RM 132.00 untuk makanan kami 3 orang. Memang mahal harga sebegitu untuk 3 nasi goreng, 1 set burger ayam, 2 jus oren & lobak dan milo ais. Tapi malas punya pasal, bayar je la.


Bila malam plak perut rasa lapar lagi, sebab makanan tadi sedikit jer. Aku pun telefon operator hotel untuk tanya samada boleh beli makanan dari luar. Bila dimaklumkan boleh, terus aku telefon Domino Pizza. Itu untuk makan malam dan brekfast esok pagi.


Esok pagi anak sulung aku bangun awal dan terus kata nak mandi. Kalau kat umah punyalah liat nak bangun pagi pi sekolah. Kat sini cepat la pulak. Sebab dia nak berendam dalam tab mandi. Lepas dia mandi aku bersiap2 untuk mandi dan beg pakaian untuk balik ke rumah. Jam 10.30 pagi aku check out. Bila ku tanya dengan anakku macam mana tinggal di situ, Amir jawab best. Lega rasanya bila dia cakap best. Sebab aku tak pernah bawa dia bercuti dan tidur di hotel. Sebab payah nak cuti. Bila aku dapat cuti suami pula yang tak dapat atau sebaliknya. Rasanya hujung tahun ini aku nak bawa keluargaku bercuti di PD plak di Water Chalet. Orang kata kat situ syok. Harap2 impian aku tu termakbul dan diberikan kesihatan dan ekonomi yang baik.....

No comments: