Friday, August 28, 2009

Luahan rasa

Semasa kedatangan cik Hisyam kali ke2, kami semua berkumpul dihadapan beliau. Beliau memulakan peranan dengan menceritakan kisah silam beliau yang menyedihkan hati.

"Alamak aku memang tak leh dengan cerita2 sedih nie. Mula la air mata aku nak keluar..."

Memang air mata ku nie senang betul nak keluar. Bila dengar cerita2 mereka terus air mata aku keluar tanpa dapat dibendung lagi. Sehinggala giliran aku tiba.

Dengan genangan air mata aku menceritakan kisah duka aku dan keluarga. Aku memang tak leh nak cerita tentang ketabahan emak aku menghadapi kesukaran tiga tahun yang lalu. Aku cukup respect dengan beliau. Walaupun penat beliau tetap sabar dan melayang pengunjung yang datang ke hospital dengan senyuman. Jika aku dapat seperti beliau alangkah bahagianya suami aku....

Bila semuanya dah cerita, cik hisyam suruh kami semua kemas barang2 dan keluar dari hutan.

Bila keluar kami semua terus menuju ke khemah pusat. Ingat kan ada taklimat lagi rupa2nya, mereka jamu kami semua dengan bubur, keropok, dan air fresh orange. Bestnya kerana perut memang dah lapar bebetul. Tema kasih la kepada cik2 yang sudi menyediakan makanan untuk kami.

Jasa mu tetap akan dikenang.

No comments: