Hari nie kayak time. Semua orang kena turun. Aku takut peristiwa semalam berulang kembali. Jadi untuk keselamatan pakai la baju mandi yang tutup semua. Kalau terbalik rasa ada pelindung sikit.
Aku rasa selamat sikit bila partner dgn krul. Dia pandai berenang. kami kayak punya kayak hingga berjaya sampai ke Teluk Berakit. Di situ buat snorkling.
"Ya ALLAh . Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah". Pertama kali aku lihat kedasar laut sebegitu. Walau pun kecil hidupan laut tersebut tetap cantik dan sempurna.
masa tu aku fikir kalau la aku hanyut dilautan dalam seperti ini, mesti aku kena makan oleh ikan2 dan hidupan laut ni. Mintak dijauhkan lah.
Masa balik ingatkan terus je ke darat. tapi kena capsize. Perkara yang paling tak aku suka. Apa lagi masa capsize tu minum air laut la jawapannya. Tapi rasa bangga sebab masa buat kali pertama tu aku boleh naik ke atas seat on top. Tema kasih pada Krul kerana bersungguh2 suruh aku usaha naik sendiri tanpa bantuan orang lain. Thanks FRIEND. Kau nie gila2 dan degil tapi baik hati juga.
Tapi kali kedua, aku dah penat gila. tangan dah tak larat, lenguh tahap gaban. Aku tak berjaya naik walaupun diasak oleh partnerku. Kesian dia. Nampak macam kecewa jer bila aku tak berjaya. pastu dia, rino dan harun tolong naikkan aku. Thanks sekali lagi MY FRIENDs.
Jasa2 mu akan ku kenang selamanya.
Lepas capsize, aku dan krul cepat2 menuju ke darat untuk berehat cecepat. Dapat juga no.2. No 1 Cik PoG. Tapi group aku no. 1 la kira sebab kak zam n brian sampai selepas aku. Ini hanya untuk personal. Untuk kepuasan aku berjaya berkayak dan naik masa capsize.
Semoga kita sentiasa bersedia dengan ape jua yang berlaku.
2 comments:
TAKPA, janji dah selamat.....
janji usaha tu ada
Post a Comment