Thursday, August 20, 2009

PULAU KAPAS - PENGALAMAN PERKHEMAHANKU YANG PERTAMA

Jam ditangan menunjukkan pukul 4.00 petang. Waktu itu menandakan semua pelajar PLK-PDRM dikehendaki berkumpul di Guardwara untuk menaiki bas menuju ke Pulau Kapas. Jantungku berdegup kencang, hati kurasakan semakin kecut bila mengenangkan perkhemahan pertama dalam hidupku ini akan bermula sebentar lagi.
Apabila semua pelajar telah memasukkan barang kedalam perut bas, kami pun mula bergerak menuju kedestinasi. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur kerana kalau aku tak tidur aku asyik memikirkan perkara yang bukan2 aje. Jadi untuk mengelakkan aku rasa takut maka tidur la jawapannya.
Aku rasa perjalanan sungguh lambat dan badan terasa lenguh dan sejuk. Banyak perhentian yang disinggahi sehingga la pada jam 12.30 pagi bas berhenti di IPD Marang. Di sana kami semua merehatkan badan yang lenguh2 akibat terlalu lama di dalam bas. Aku hanya mencuci muka sahaja kemudian apa lagi terus tidur la sampai pagi.
Bangun pagi aku mandi dan menunaikan kewajipanku. Selesai solat subuh aku berkemas untuk pergi ke jeti menuju ke Pulau Kapas. Tetapi sekali lagi kami semua terpaksa loading barang2 dalam lori naik ke dalam bot Polis Marin yang turut membantu. Walaupun mereka lewat datang kerana air surut tapi aku bersyukur kerana sekurang2nya tak payah la aku nak berkayak dari jeti ke Pulau Kapas. Dah la tak pandai nak kayak, jauh pula tu.
Selesai loading aku naik bot dan terus menuju ke Pulau Kapas. Menurut pemandu bot tersebut perjalan mengambil masa 10 minit. Bot yang aku naik tu meluncur laju membelah lautan yang terbentang.
Tiba di Pulau Kapas, bot tidak dapat berlaboh ditempat perkhemahan kerana banyak batu karang. Jadi kami kena angkat barang2 tersebut dari 'Mak Cik Gemuk' menuju ke tapak perkhemahan. Jauh tu tempat tersebut. Dengan beg yang berat ku gagahkan jua langkah ku menuju kedestinasi perkhemahan. Sepanjang perjalanan ku lihat tidak ramai pengunjung yang ada, chalet yang ada pun tak banyak. Hutan, dan pokok2 menghijau disepanjang pulau tersebut. Sehingga aku tiba ditampat perkhemahan, penderitaan aku pun bermula......

5 comments:

Hisyam Alewi said...

Tahniah kerna telah berjaya menamatkan Camp setelah menempuh 1001 cabaran dan dugaan..

-Hisyam-

PPT said...

Ya ka penderitaan......

sname said...

apa???
enjoy..!!
hehe..

tahniah...

binggo said...

Assalamualaikum....!!

Geng, kau dah baca blog aku lom ( meow ). Kalau lom baca la tapi jgn marah ada gbr kau dgn Ros tengah mimpi kat dalam tu he he he....

REDZUAN said...

K.A.N.T.O.I!!!