"Alamak kata tak de survival, abis tu kenapa jadi lak?" "Ala takut nya aku, dah la tak pernah rasa duduk dalam hutan gelap2 nie". "Bila la nak abis program nie".
"Rileks la beb, bukan sorang2 by group la" kata rakanku. Lega la sikit rasanya bila dimaklumkan pegi berkumpulan. Kalau sorang2 tak sanggup aku.
Jam 3.30 petang kami semua berkumpul. Disitu Cik Azilah arahkan hanya barang2 tertentu sahaja yang dibenarkan dibawa iaitu :-
- Lampu picit (1 bg 1 kump)
- Andoh
- Kain sembahyang/kain pelikat
- baju sejuk
- parang (jika ada)
Barang2 lain tak leh bawa. Jadi bila dah diberi arahan sebegitu maka kena la ikut arahan. Masa Cik Azilah buat sport chek, banyak brg2 larangan yang dibawa. Pada mula nya aku ingat nak seludup lighter dan bateri lampu picit tapi takut lak dia periksa badan. malu nanti.
Lepas puas hati dengan sport check tersebut, cik Azilah bekalkan kami dengan bekas makanan, kain kanvas 6x9, air 2 botol (3L), mancis 4 batang dan parang. Pergi la kami semua menuju ke hutan.
"Ala nie mesti sampai kul 10.00 malam je ni. Pas tu buat post mortem" kata Kak Zam menyedapkan hati. "Kalau tak pun sampai kul 12 malam kak" aku menyampuk.
Sampai je kami terus buat khemah. Guna la sumber alam yang ade. Ok la khemah kami dapat lindung dari kena ranting dan daun2 yang gugur. Tidor pula beralaskan daun pokok. Sementara aku buat tempat tidor, Kak Zam, Krul dan Brian sibuk pasang api untuk buat unggun api dan masak bekalan yang diberi.
"Na cuba kau buka bekalan kita ape yang diberi" laun kak zam. Aku yang dari tadi buat anyaman daun, pun terus menuju ke beg dan buka bekalan yang diberi.
"Akak, cuma ade beras, kopi, teh, garam, 2 biji telur dan sebiji kentang jer. Ala gula dia tak bagi la. Minum air teh kosong jer la nie".
"Ha la kan gula dah habis, tak de stok. Sabar je la"
Bila api dah hidup, kak zam pun masak bekalan yang diberi. Bila dah masak nasi, telur dan kentang, dia masak air teh pula. Memandangkan tiada gula, maka buat air teh aje la. kalau kopi nanti pahit pula. Pastu malam tak leh tidor. Kemudian kami makan berpinggankan daun, sudu dan senduk guna botol mineral.
"Mujur la generator berbunyi, tak la aku dengar bunyi yang pelik2 nanti" kataku. "Tapi nanti tak dengar orang datang" kata kak zam. Sementara itu, Krul dan brian tidur. Nampaknya tambah lagi la muzik malam nie kerana Brian tidor berdengkur. Kuat gila.
Selepas semuanya selesai aku dan kak zam pun tidor. Kami semia tidor dalam khemah yang sama. Masa tu percaya je la pada kengkawan. Tidor je sebab dah penat sangat. Rupanya bukan Brian jer yang tidur berdengkur, rupanya kak zam pun berdengkur. tapi tak la seganas si Brian tu. Alamatnya malam nie aku dialunkan dengan muzik dikiri dan kanan ku memandangkan aku tidur ditengah2.
Disebabkan penat, aku tidor lepas isyak. Tapi kak zam tak leh tidor jadi dia sentri. Jam 12.00 malam kami dikejutkan dengan kehadiran 3 orang fesi. Masa tu unggun api kami memang kecik sebab nak jimat kayu hingga pagi. tapi mereka kata api kena pasang terang.Mungking untuk elakkan unggas hutan datang hampir kot. Kami gilir2 jadi sentri hingga pagi menjelma.
7 comments:
Tempo bunyi dengkur mungkin menyamai bunyi generator FSR....
Ha Ha Ha.....
Fasilitator pun ada yang kuat jugak....... kuat makan la bukan dengkur...
INA.. CITE - CITE KO MEMANG BEST LA..
KO BAWAK POCKET BOOK KE??
PUNYE LA DETAIL..
At least nanti2 kalau org citer survival..kita pun dah ada pengalaman yg boleh dikongsi..=)
cerita ni kalau dipanjangkan lagi sampai habis survival petang keesokan harinya kan lagi menarik..menunggu sambungan "Survival" part 2
mr apize.. ina ni memang mcm ni.. suka sekerat sekerat je.. ha ha ha
woi... sekerat2 tu banyak maknanye tau...
ayat biar jelas.
Ada keistimewaan aku tido b'dengkur..He2, harimau dan binatang pun trus lari bila dgr bunyi aku b'dengkur..wakakaka!!!!
Post a Comment