Monday, August 24, 2009

HARI PERTAMA - PULAU KAPAS

Disini episod pembelajaran dan penderaan aku pun bermula apabila pertama kali aku menjejakkan kaki di persisiran Pulau Kapas. Ini adalah perkhemahan aku yang pertama dalam hidup. Aku tak pernah rasa champing sebelum ini kerana ibu bapa aku tak pernah kasi aku joint champing sebab risau keselamatan ku. Aku menaikki trip yang pertama sampai di Pulau Kapas berbanding rakan2 lelaki yang lain. Dah la semuanya perempuan kena punggah barang2 plak. Bot marin tak boleh berlabuh berhampiran dengan tempat perkhemahan kerana ada banyak batu karang. Jadi kena punggah barang2 dari kawasan Mak Cik Gemuk.
Masa sampai ditempat perkhemahan tu semua peserta dikehendaki berkumpul dikawasan lapang yang berpasir dan panas. Aku dan rakan2 yang bawa beg yang besar nie nak letakla beg tu kat tepi di kawasan yang redup dan berlapik daun. Tapi kena sergah dengan En. Yaser Foo supaya bawa bersama beg tersebut kat tempat perkumpulan. Terkesima sedikit aku dengan arahan dia. Dalam hati aku cakap, "alamat nak kena belasah la nie. Habisla kali nie". Dugaan aku memang tepat, mereka nie semuanya aku lihat semacam jer.... garang dan tak de senyum langsung baik perempuan mahu pun lelaki, sama jer. Mujur jugala aku lihat cik Hazriq tu ada manis sikit yang lain semuanya mencuka.
Arahan yang diterima dari En. Yaser Foo, semua dikehendaki tinggalkan barang2 dan angkat barang2 yang ada dalam bot marin dan bawa ke tempat perkhemahan. Dah la tadi kena angkat, nie kena angkat lagi. Penat pun tak habis lagi. Dahaga dah tahap kritikal, nak minum takut kena marah lagi. Dengan hati yang sebak, geram, sedih yang bercampur baur nie aku pun angkat la barang2 yang berat tu.
Selesai angkat barang, kami semua disuruh pergi ketempat perkhemahan untuk dirikan khemah dan membersihkan kawasan. Bab buat khemah nie ok la sikit tapi rasa macam tak leh nak buat kerna asik diperhati oleh fesi2 yang mencuka. "Macam la aku nie nak curi tulang". Dah la penat muka masing2 kalau senyum boleh juga sejuk, nie pahit tau rasanya. Belum pun sempat siapkan khemah, sebahagian dari kami disuruh angkat barang lagi. Disebabkan aku nie AJK Penempatan aku ambil keputusan terus buat khemah jer. Yang lain ade yang angkat barang dan sebahagian lagi pi masak. Tugas masak dan buat khemah tu dia bagi sampai jam 2.30 petang. Tepat jam 2.30 petang wisel dia pun berbunyi la. Semua berkumpul.
Masa tu En. Mazli yang ambil. Ok la. Walaupun kata2 nya macam askar la sikit2 tapi ada senyuman tu sejuk la sikit hati ku yang tengah marah nie. Dia tanya tentang persiapan, masih belum siap. Dia bagi masa 1 jam untuk siapkan. Tapi dengan masa yang ciput tu mana nak siapkan semua kerja. Masa tu rasanya semua kata2 yang tak elok habis dikeluarkan. Tengah penat beb.
Lepas 1 jam wisel dia berbunyi lagi.......... berlari2 la kami yang kepenatan nie pi berkumpul. Penugasan masih belum disiapkan.... dia bagi lagi masa 45 minit untuk siapkan..... "Kalau dah asik panggil jer macam mane kerja nak siap". Aku rasa khemah dan kukuh tapi dia katan tak sempurna dan tak kukuh lagi. "Hei dia nie nak dera kami semua". Masa nie aku dah tak larat nak kata ape dah aku nekad dan serah jer apa yang nak disuruh. Sebab masa nie mereka yang berkuasa dan tempat nie bukan tempat aku. Tapi untuk sedapkan hati aku kata "mereka buat begitu hanya untuk keselesaan dan keselamatan kami semua". Tapi dah berbakul juga maki hamun aku lemparkan pada mereka, tapi mereka tak dengan la. Kalau dengar mampuns aku kena baling kat laut.
Selesai buat khemah dan masak kami semua dikehendaki berkumpul lagi. Ingatkan dah boleh makan dan rileks tapi....................

4 comments:

aimanarif said...

salam geng, x pe kene buang kat laut kan dah belajar water confident hehehe..best story

Apize said...

best la cerita akak..hehe..jujur dan telus..kami hanya memainkan peranan dan watak sebagai fesi,kalau x kami pun nak gak beramah mesra ngan kakak2 n abang2 semua. Alhamdulillah saya dan rakan2 fesi lain berjaya membawa watak dengan baik. ^_^

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

ia la bila dah keluarkan dari hati tu rasa lega la.

REDZUAN said...

steady la ko ina.. macam BERNAMA la.. berani dan telus..