Monday, August 24, 2009

Hari Ke 2 - Pulau Kapas (16/8/2009)

Hari kedua nie aku rasa agak letih kerana malam tadi tak dapat tidur lena. Pas tu tengah2 tidor semut plak gigit di kaki. Tidor pula berhimpit2 4 orang. Dah la kami 3 orang ni gemuk2, mujur la si Ros tu kurus, ada la ruang untuk kami muatkan diri dalam khemah tu. Bangun pagi aku terus mandi dan solat subuh. Kemudian tolong rakan2 sediakan breakfast. Kemudian mani makan bersama2.
Rentas Hutan
Arahan seterusnya, kami student PLK Diploma melakukan aktiviti merentas hutan. Kumpulan aku bergabung dengan Kumpulan Kak Kam yang turut disertai oleh Sharipaf Nor, Nor Azlina dan Cik Fauzi. Jadi ada 8 orang (3 lelaki 5 perempuan). Kumpulan aku ialah Aku, Kak Zam, Khairul dan Brian. pada mulanya fesi yang ikut kumpulan aku ialah En Hisyam. Ok la orangnya. Tak garang. Tapi bila aku balik dari toilet fesi yang ikut kumpulan kami tu dah ditukar dengan kumpulan sebelah. Jadi En. Hafiz akan ikut kami. Alamak fesi garang yang ikut. "Habis la kami kat hutan nanti". Kerisauan melanda dibenak dan jiwa ku.
Kami bergerak jam 9.40 pagi. Chek point yang pertama ialah menuju ke jeti. Fuh....... jauh tu. Khairul cari koordinat jeti dalam kompas yang diberi. Cik Fauzi pula kira langkah sampai ke jeti. Ini kerana untuk kita ketahui berapa jauh dari CP 1 menuju ke CP 2. 2 langkah mewakili 1 meter. Ingatkan tak payah tukar2, tapi cik hafiz suruh tukar2 agar semua pandai baca peta dan kompas. kalau sesat kat hutan lain kali dah boleh cari jalan keluar.
CP seterusnya adalah di Menara Api. Tu dia menonggek aku dan kak zam naik tangga. Dah la tinggi, menegak pulak tangganya, pastu jarak setiau anak tangga tinggi. Fuh.... macam nak putus nafas je. Sampai di atas, lega rasanya kerana dapat hirup udara segar dan dapat lihat pemandangan yang cantik ciptaan ALLAH. Tapi sayangnya aku tak bawa kamera. Jadi tak dapatlan aku nak berposing.
CP seterusnya Teluk Berakit. Ha... disini ada kesesatan jalan sikit. tapi cik hafiz dia tak cakap apa2 pun, sebab dia nak kita belajar tengok peta dan bandingkan dengan realiti serta tengok kompas untuk menentukan kedudukan kita semua. Tengok punya tengok, memang kami dah tersesat. maka terpaksalah kami semua berpatah balik. "Jangan kena naik tangga lagi dah" aku memang dah tak larat lagi.
Sampai di bawah cik hafiz ajar tengok peta dan keadaan sekeliling dan suruh cari jalan menuju ke Teluk Berakit. Nasib cik PoG nie peramah. So dia la yang tanya dengan penduduk tempatan jalan yang mudah untuk menuju ke Teluk Berakit. Setela mendapat haluan kami semua menuju ke trek jungle treaking. Disana kami naik bukit, turun bukit, lintas pokok, semak samun dan macam2 lagi. Masa nie macam2 yang ku bayangkan... milo ais, biskut, nescafe, makanan ringan dan macam2 lagi.
Dipertengahan jalan kami jumpa kumpulan Yatie. Ingatkan mereka dari arah lain, dan perlu pergi ketempat yang telah kami lalui. Aku ingat group kami mesti dah nak sampai destinasi yang dituju dan terus ke khemah. tapi angan ku meleset kerana bila sampai ke Teluk Berakit kami dimaklumkan kena berpatah balik untuk pergi ke jeti. "Ya ALLAH" masa tu tuhan aje yang tahu perasaan ku. Masa di teluk Berakit kami semua makan roti yang dibawa untuk alas perut supaya tak lapar. Masa tu student full time tengah buat snorkeling. Syok juga tengok mereka berendam macam tu. Giliran kami bila pula?
Selepas 10 minit rehat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeti. lagi cepat sampai lagi cepat rehat. Masa dalam perlajanan balik tu, Cik PoG dan Krul mendahului dan meninggalkan kami semua. Dalam hati aku berdetik, "malam nie masa post mortem kena hentam lagi". Dipertangahan jalan terserempak dengan group Wan dan the gang. Siap bertongkat lagi. Ia la group mereka ramai yang dah berumur.
Kami meneruskan perjalanan hingga jumpa Cik PoG dan Krul yang telah menunggu. Seterusnya kami sama2 meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan pulang kami jumpa ular. Mujur Cik poG yang kat depan, kalau aku memang tak perasan langsung. Yang aku nampak khemah untuk rehat jer. Sebab dah penat.
Bila sampai di jeti kami rehat sekali lagi. Rupanya ada udang disebalik batu. Sebenarnya tujuan cik hafiz bawa rehat kat situ, supaya kami semua perhatikan keadaan sekeliling. itu la namanya "Navigation". tapi kami semua nie kalau dah dapat rehat, dah tak pandang ape2 pun.
Seterusnya kami berjalan menuju ke khemah kami. Sampai disana jam 1.05 petang. lama tu 3 jam lebih. tapi Cik Hisyam cakap fesi2 nie pegi cuma 30 minit. Cepat gila. Berlari ke dia orang nie.
Kemudia cik hafiz suruh kami lapor pada Cik Hisyam, maklumkan kami semua dah selamat samapai. Cik Hisyam tanya keadaan kami semua dan perjalanan kami. Kami tanya arahan seterusnya, beliau maklumkan aktiviti water confident akan menyusul pada petangnya.

2 comments:

Apize said...

time navigation,saya garang jugak ke kak?

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

masa navigation tu ok. Kalau mcm tu dr awal kan syok...
He..he.. he.. jgn mare....