Monday, August 31, 2009
Balik rumah
Pada malam tu sibuk la aku dan rakan2 mengemas beg dan pakaian. Semua hendaklah disiapkan awal kerana esok jam 10.00 pagi bot Polis Marin akan datang untuk membawa barang2 dan kami semua ke tanah besar. tapi awal2 esok kami semua kena prepair barang2 supaya mudah untuk dipunggah ke dalam bot. Tapi kali ini ada kurang sikit kerana barang2 dapur ade yang dah abis. Jadi ringan la sikit.
Tugas2 kami juga diringan kan dengan bantuan pemilik bot disitu, mereka membantu mambawa barang2 ke bot Marin yang tidak boleh berlabuh digigi pantai. Kalau harapkan dinggi jer lama la sebab ada 2 jer.
Selesai punggah barang masuk ke bot, kami semua menyusuri gigi pantai menuju ke jeti. Di sana ada sebuah bot Marin lagi untuk membawa kami. Di situ juga kami kena punggah barang2 masuk dalam bot.
Semasa masukkan kayak dalam bot, ada satu kayak tu terlepas tali. Lama kelamaan kayak tu dibawa ombak laut menjauhi bot Marin. Maka bagi mengelakkan kayak2 tersebut jauh,seorang fasi wanita telah berenang ketengah untuk menarik kayak2 yang terlepas tadi. Tapi beliau tidak dapat menarik kayak2 tersebut sambil meminta bantuan rakan beliau. Semasa berenang tadi beliau tidak terfikir bahawa dipinggang beliau ada poch bag. So, ape lagi basah la kesemuanya.
Bila bantuan dah tiba, kayak2 tersebut pun dinaikkan ke dalam bot dengan selamat.
BBQ
Kami semua terus menyiapkan persiapan malam nie kerana malam akan menjelma. Semua hidangan telah dimasukkan ke dalam dulang untuk diagihkan kepada semua. Untuk fasi2 dan lecture2 dah dihidang di dalam pinggan.
Hidangan malam nie :-
- Nasi goreng
- Udang bakar
- Ikan bakar
- Sotong bakar
- Ayam bakar
- Buah2an
Selepas baca doa jer, kami pun menjamu selera. Ade yang bertambah dan ade juga yang tak abis makan. Yang tak abis makan tu sebab awal2 lagi dah minum air banyak. Minuman pada malam tu ialah fresh oren dan anggur.
Persiapan BBQ
"Malam nie kita ada BBQ, sea food fresh tau kita dapat". "Katanya cik Ali yang candat sotong." Hemmmm.... candat kat pasar kot? Keh...keh..keh...
Semua orang pun menuju kedapur untuk membuat persiapan. Masing-masing memainkan peranan mereka. Ada yang tuju ke ayam, sotong, udang, masak nasi dan macam2 lagi. Masa buat kerja tu, kami semua tak kira sama ada kerja tu untuk lelaki atau perempuan.
Apa yang penting..... "kerjasama".
Maka kerja yang sukar menjadi mudah. Semua nya berjalan dengan lancar. Semua sibuk. Ade yang tak pernah pi dapur pun turut serta pada hari itu. Semasa buat kerja tu PLK dan ePJJ jer yang buat kerana aktiviti bagi student full time tak abis lagi. maka mereka buat untuk penutup la nanti.
Beberapa ragai dan aksi dipamerkan disini.
Friday, August 28, 2009
Luahan rasa
"Alamak aku memang tak leh dengan cerita2 sedih nie. Mula la air mata aku nak keluar..."
Memang air mata ku nie senang betul nak keluar. Bila dengar cerita2 mereka terus air mata aku keluar tanpa dapat dibendung lagi. Sehinggala giliran aku tiba.
Dengan genangan air mata aku menceritakan kisah duka aku dan keluarga. Aku memang tak leh nak cerita tentang ketabahan emak aku menghadapi kesukaran tiga tahun yang lalu. Aku cukup respect dengan beliau. Walaupun penat beliau tetap sabar dan melayang pengunjung yang datang ke hospital dengan senyuman. Jika aku dapat seperti beliau alangkah bahagianya suami aku....
Bila semuanya dah cerita, cik hisyam suruh kami semua kemas barang2 dan keluar dari hutan.
Bila keluar kami semua terus menuju ke khemah pusat. Ingat kan ada taklimat lagi rupa2nya, mereka jamu kami semua dengan bubur, keropok, dan air fresh orange. Bestnya kerana perut memang dah lapar bebetul. Tema kasih la kepada cik2 yang sudi menyediakan makanan untuk kami.
Jasa mu tetap akan dikenang.
"gedebuk......."
Survival 2
Kepala ku rasa berat sebab semalaman tidur. bangun pun kejap2 je. Tu pun masa sentri. Masa tu pun curi2 tidur. Takut beb.... Kalau dah banyak tidor pun akan rasa ngantuk yang amat juga tau.
Jadi bagi mengelakkan rasa dahaga aku sambung tidor lagi dan tido dan tido dannnnnnnnnn tidooooooooooo................................
Masa tu tido atas tanah pun tak pe. Yang penting dapat pejam mata. Sehingga la Brian mendapat sumber air yang boleh diminum. Dapat otak aku nie O2 yang mencukupi dan boleh buat kerja. Kalau tak, tak boleh berfungsi rasanya. Buntu....
Semasa jam menunjukkan lebih kurang pukul 3.30 petang Cik Hisyam datang. Mungkin nak suruh kami keluar dari hutan tu. Tapi malangnya masa cik Hisyam datang tu Krul tak pakai baju jadi dia marah dan bagi warning kat Krul. Beliau maklum akan kembali kemudian. Lama lagi la tu jwbnya.
Sambil menunggu ketibaan cik hisyam aku pun jalan2 kat kawasan sekitar hingga aku jumpa ................
Tuesday, August 25, 2009
Survival
"Alamak kata tak de survival, abis tu kenapa jadi lak?" "Ala takut nya aku, dah la tak pernah rasa duduk dalam hutan gelap2 nie". "Bila la nak abis program nie".
"Rileks la beb, bukan sorang2 by group la" kata rakanku. Lega la sikit rasanya bila dimaklumkan pegi berkumpulan. Kalau sorang2 tak sanggup aku.
Jam 3.30 petang kami semua berkumpul. Disitu Cik Azilah arahkan hanya barang2 tertentu sahaja yang dibenarkan dibawa iaitu :-
- Lampu picit (1 bg 1 kump)
- Andoh
- Kain sembahyang/kain pelikat
- baju sejuk
- parang (jika ada)
Barang2 lain tak leh bawa. Jadi bila dah diberi arahan sebegitu maka kena la ikut arahan. Masa Cik Azilah buat sport chek, banyak brg2 larangan yang dibawa. Pada mula nya aku ingat nak seludup lighter dan bateri lampu picit tapi takut lak dia periksa badan. malu nanti.
Lepas puas hati dengan sport check tersebut, cik Azilah bekalkan kami dengan bekas makanan, kain kanvas 6x9, air 2 botol (3L), mancis 4 batang dan parang. Pergi la kami semua menuju ke hutan.
"Ala nie mesti sampai kul 10.00 malam je ni. Pas tu buat post mortem" kata Kak Zam menyedapkan hati. "Kalau tak pun sampai kul 12 malam kak" aku menyampuk.
Sampai je kami terus buat khemah. Guna la sumber alam yang ade. Ok la khemah kami dapat lindung dari kena ranting dan daun2 yang gugur. Tidor pula beralaskan daun pokok. Sementara aku buat tempat tidor, Kak Zam, Krul dan Brian sibuk pasang api untuk buat unggun api dan masak bekalan yang diberi.
"Na cuba kau buka bekalan kita ape yang diberi" laun kak zam. Aku yang dari tadi buat anyaman daun, pun terus menuju ke beg dan buka bekalan yang diberi.
"Akak, cuma ade beras, kopi, teh, garam, 2 biji telur dan sebiji kentang jer. Ala gula dia tak bagi la. Minum air teh kosong jer la nie".
"Ha la kan gula dah habis, tak de stok. Sabar je la"
Bila api dah hidup, kak zam pun masak bekalan yang diberi. Bila dah masak nasi, telur dan kentang, dia masak air teh pula. Memandangkan tiada gula, maka buat air teh aje la. kalau kopi nanti pahit pula. Pastu malam tak leh tidor. Kemudian kami makan berpinggankan daun, sudu dan senduk guna botol mineral.
"Mujur la generator berbunyi, tak la aku dengar bunyi yang pelik2 nanti" kataku. "Tapi nanti tak dengar orang datang" kata kak zam. Sementara itu, Krul dan brian tidur. Nampaknya tambah lagi la muzik malam nie kerana Brian tidor berdengkur. Kuat gila.
Selepas semuanya selesai aku dan kak zam pun tidor. Kami semia tidor dalam khemah yang sama. Masa tu percaya je la pada kengkawan. Tidor je sebab dah penat sangat. Rupanya bukan Brian jer yang tidur berdengkur, rupanya kak zam pun berdengkur. tapi tak la seganas si Brian tu. Alamatnya malam nie aku dialunkan dengan muzik dikiri dan kanan ku memandangkan aku tidur ditengah2.
Disebabkan penat, aku tidor lepas isyak. Tapi kak zam tak leh tidor jadi dia sentri. Jam 12.00 malam kami dikejutkan dengan kehadiran 3 orang fesi. Masa tu unggun api kami memang kecik sebab nak jimat kayu hingga pagi. tapi mereka kata api kena pasang terang.Mungking untuk elakkan unggas hutan datang hampir kot. Kami gilir2 jadi sentri hingga pagi menjelma.
"Lemak Manis"
Monday, August 24, 2009
Kayak Time
Water Confident
Hari Ke 2 - Pulau Kapas (16/8/2009)
Sambungan......
HARI PERTAMA - PULAU KAPAS
Thursday, August 20, 2009
PULAU KAPAS - PENGALAMAN PERKHEMAHANKU YANG PERTAMA
PERSIAPAN KE FINAL CAMP
Friday, August 7, 2009
PERCUTIANKU

Wednesday, August 5, 2009
DUGAANKU
Minggu nie, anak kedua aku plak yang demam. Amirul demam sebab nak tumbuh gigi kot. Kata orang2 tua dia nak ambil upah. Jenuh juga dibuatnya sebab sekarang nie dia asyik nangis jer. Pas tu kalau tinggal seorang pasti dia nangis. Kesian pun ada. tapi kalau anak aku tak baik demam lagi aku rasa, aku tak join la dia orang pi Pulau Kapas. Aku tahu kalau tak pergi hilang 30 markah aku, memang banyak tapi akau lebih risaukan anak aku.
Walaupun amirul demam, plan aku nak menginap di sunway tetap diteruskan jua. Ini kerana bilik dah dibooking, conformition dah dibuat. So, pergi la. Tapi pagi nie aku kena kerja dulu. Petang baru bleh balik awal. Aku consider juga pada bos nie, sebab dia baik aku pun kerja la. Kalau bos lama... akan difikirkan dulu.....
Aku harap anak2 aku akan sembuh secepatnya. Nak keja pun tak senang sebab terfikirkan keadaan anak kat umah. Semoga ALLAH selamatkan keluarga ku . Amin.
Saturday, August 1, 2009
RUSUHAN ISA
Hari nie aku dengar ramai yang kena tangkap dan kena mandi dengan air water canon. Ia lah kalau tak join rusuhan nie pasti tak dapat rasa kan. Ditambah pula dengan semburan asap bak kabus yang dingin tu. Fuh... Balik rumah pasti gatal seluruh badan bak penangan air water canon tu. Esok berduyun2 la mereka2 nie mengunjungi klinik untuk rawatan. Padan muka mereka semua. Pas tu ade juga yang aku lihat sanggup panjat bukit demi untuk selamatkan diri. Konon nya nak selamatkan diri tapi dia orang tak tau yang bukit yang dipanjat tu depan Bukit Aman. memang serah tengkuk la mereka nie.
Tapi yang aku sakit hati, dia orang gunaka kanak-kanak yang tak tau ape2. Kesian mereka. Ibu bapa yang bawa kanak2 tu, memang bodoh kerana libat kan anak2 dalam perkara seperti ini. Nanti bila mereka dewasa dan buat macam2 nak marah mereka plak. Dah diasuh macam tu dari kecil. Dia orang nie memang tak pkir panjang betul la.....
Bila perkara sebegini terjadi kita lupa bahawa yang bertelagah nie semua nya orang melayu. Ade ke orang cina terlibat. tak ada. Orang cina n india hanya melihat saja pertelingkahan melayu2 yang bodoh nie. Mereka suka melayu kacau bilau, mudah bagi mereka untuk menguasai negara nanti.
Ingat la wahai orang2 melayu berdamai la kita dan ikut saja la apa kata pemerintah. tak rugi kita. INGAT LA KITA BUKAN HIPUP SELAMA2NYA. TINGGALKAN YANG SEMPURNA UNTUK ANAK-ANAK KITA KELAK........
YA ALLAH SELAMAT KAN LA NEGARAKU INI...AMIN....