Tuesday, September 1, 2009

Abseiling

Sabtu yang lalu, aku dan rakan2 menghadiri kelas outdoor recreation di Maktab PDRM Cheras. Cik Hisyam maklumkan nak buat abseiling.

“Hah, nak buat abseiling, boleh ke nie? Badan tengah berat.” Mujur la aku pakai seluar jean, niat dalam hati nak pakai baju kurung tadi.”

Tapi itu hanya gurauan semata. Aktiviti ini akan diadakan pada minggu depan dan dibuat di UiTM.

“Kat Maktab mane ade bangunan tinggi? Kat rumah aku atau bangunan Bukit Aman tu tinggi la”

Semasa pengajaran berkaitan abseiling disampaikan oleh cik hisyam, ketar juga kepala lutut aku nie. Tu baru dengar belum buat lagi. Buat nanti tak tau la nak cakap. Boleh sampai kebawah ke tidak.

Tingkat 11 beb tinggi tu. Kalau jatuh meninggal la. Kalau nasib baik boleh hidup tapi mesti patah riuk. Nauzzubillah mintak dijauhkan la perkara seperti itu.


Minta diselamatkan dan dilancarkan aktiviti ini. AMIN.

2 comments:

Apize said...

Aspek keselamatan amat kami titik beratkan..belum pernah berlaku apa-apa insiden sebelum ini.Insyaallah program ini juga tidak akan ada masalah jika langkah-langkah yang patut dipatuhi.Jumpa nanti

kakkoi6779 said...

Dalam takut-takut berebut jugak nak turun dulu, kenapa takut tali dah haus yee!