Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

Kepada semua yang datang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana meramaikan majlis dari kelas kami.

"Ha... kepada yang mencari sponsor saya ucapkan jutaan terima kasih. Bila kita nak buat lagi? Rasanya perancangan macam nie kan kita dah rancang masa sem dua lagi, tapi mujur la dapat berkumpul dengan keluarga masing2 sebelum habis belajar kan".

Jika kita tak buat macam nie bila lagi kita semua nak berkumpul? Nak buat reunion, masing2 sibuk dengan tugas masing2.

So, peluang yang ade jangan dilepaskan. Pergi jangan tak pergi. Dapat la kita kenal keluarga rakan2 kita. Kalau jumpa kat tengah2 jalan atau bersinggol bahu leh juga bertegur sapa.

Tapi makanan kat kedai tu sedap la cik Harun. Rasa macam nak ulang balik, tapi segan lak. Nasi yang dihidangkan tu enak rasanya. Dah la dapat makan, siap bawa balik lagi tu. Tak yah nak masak untuk sahur pagi esoknya. Panaskan jer lauk yang diberi tu.

Kepada mereka yang tidak hadir, alangkah ruginya mereka tidak dapat menjamu selera dan yang penting sekali makan bersama pensyarah2, PERLU yang telah membantu kita sejak di Pulau Kapas dan keluarga mereka. Cuaca juga mengizinkan perjumpaan ini kerana tidak hujan.

2 comments:

aimanarif said...

salam...memang rugi sapa x datang, yelah bukan senang nak berkumpulkan hehehe..nanti kita wat majlis hari raye yek hehe

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

terima kasih bebanyak..kalau ada majlis mcm nie lagi jgn lupa ajak kami..confirm kami dtg..