Tahun ini aku berazam nak buat sendiri kuih raya. Sekiranya tak jadi, maka kuih tunjuk juga la. Tapi aku nak cuba juga. Keluarga sebelah aku dah tetapkan 3 jenis untuk 1 keluarga. Sebelah suami dua jenis. Emmmm.....
Tahun lepas aku beli aje kuih2 raya tu. Sebab kuih yang dibuat tu tak jadi.
So, untuk merealisasikan impian aku tu, aku pun cuba la buat kuih raya. Cuba dulu, kalau jadi baru buat bebanyak. Ari ahad yang lalu aku cuba buat biskut coklat chips. Kuih raya kegemaranku. Resepinya pun aku dah ambil dalam internet. So, adunan aku ikut jer. Doh biskut dah jadi, tapi bila aku bakar....
“Ya Allah, hangus la. Ni yang buat aku frust nie”
Beberapa kali aku cuba namun ianya tetap hangus juga. Jadi aku rasa oven aku yang ade masalah. Nampaknya kena beli microwave nie.
Mujurla masa tu Tesco tengah offer. Dapat la aku beli microwave dan selesaikan bakar biskut tu. Kali nie biskut ku tu dapat dibakar tanpa hangus dan biskut tu pun rangup macam chipsmore.
Bila anak2 dan suami suka makan aku rasa bangga dan puas kerana dapat menyediakan biskut raya untuk mereka. Akhirnya aku Berjaya buat 1 jenis kuih untuk kali ini. ALHAMDULILLAH.
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
2 comments:
Moh la hantar kat Puchong sikit....
Rajin jugak awak ni Ina, klu koi memanjang kuih tunjuk, yg tak tahan kalau beli awal belum raya dah selesai.
Post a Comment