Tempoh hari sebelum kami semua pergi ke Pulau Kapas, cik Hisyam adakan 1 kelas berkayak di Tasik Shah Alam. Semua dikehendaki berkumpul seawal jam 7.30 pagi di stor FSR untuk angkat kayak dan kelengkapan yang lain. Tapi bila tiba masanya hanya sebahagian sahaja yang datang. Yang lain tak dpt dtg awal.
Bila semua kayak dah diletakkan tepi tasik, arahan selanjutnya buat senaman regangan. ia la takut krem plak nanti masa kayak.
patner aku, Kak Zam atau lebih dikenali dengan nama Kak Koi. Dia pandai sikit berkayak, aku langsung tak pandai. Tu yang kayak kejap ke kiri kejap ke kanan. Penat giler tangan dan pinggang aku nie. Tapi kesian gak kat kak zam, penat juga dia kayuh dan kemudikan kayak memandangkan aku nie tak tau nak kasi kayak nie meluncur tegak kedepan.
Masa buat capsize kami dua2 tak dpt naik. Baru nak KZ nak naik bot mereka plak lalu. Ape lagi air tasik masuk la dalam top inside. KZ pun jatuh balik ke dalam tasik. Masa tu dah tak tau berapa byk air tasik yg coklat tu aku terminum. Akhirnya kami berdua tak dapat naik. Terpaksa plak kami bawa kayak kami ketepi untuk mengeluarkan air di dalam nya.
Kemudian kami naik semula untuk rafting dan kembali ke tempat asal kami mula. Masa nak naik ke darat tu KZ jatuh sekali lagi. Ia la masa dia nak turun tu tak bg tau dulu. Tup2 aku rasa kayak goyang dan dah tak leh nak kontrol. So, gedebus......... la.
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago
3 comments:
salam..tahniah geng...berjayo minum air tasik 2 kali...protien byk 2 hehehe (gurau jo) samolah kito minum hehehe
[... Tu yang kayak kejap ke kiri kejap ke kanan...]
Itu namanya menjahit tasik.
jahit sembat!
Post a Comment