Sunday, July 19, 2009

Pengalaman semalam

Semalam 18/7/2009 aku ada kelas outdoor recreation ngan cik Hisyam. Ingatkan senang je nak ikat, rupa-rupanya payah juga. Semalam aku belajar 11 jenis ikatan. Hemmmm.... Memula tu ingatla pas tu lupa balik. Payah juga nak buat. Tapi untuk keselamatan pada masa akan datang aku tabahkan diri juga. Dapat lah juga aku mengikutinya walau pun lamnat sikit.

Kemudian sambung buat blog. Dah la banyak proses yang nak diikuti, cepat plak cik hisyam tu ajar. Tak terkejar-kejar aku dibuatnya. Tapi buat-buat paham je la. Mangsanya rakan-rakan kat sebelah aku tanya aku tak dapat nak layan. Sebab kalau aku layan alamatnya aku yang ketinggalan. Buat kengkawan tu aku minta maaf la ye. Maybe kita boleh jumpa dan buat semula nanti.

Akhir kata aku ucapkan semoga kalian semua sihat hendaknya dan ingat semula apa yang kita belajar semalam kerana ikatan tersebut akan digunakan semasa kita pi Pulau Kapas nanti. Jangan kerana silap ikat nyawa kita melayang. Lastly wassalam. Bye......

No comments: