Monday, July 27, 2009

MEREMPIT

Pada Jumaat lepas merupakan pengalaman aku yang pertama pergi UiTM naik motor. Itu Pun puas aku pujuk suami untuk membenarkan kebenaran. Ikutkan hati dia memang tak nak bagi sebab aku tak pernah naik motor jauh-jauh. Tapi setelah bosan dengan rayuanku akhirnya setuju juga dia.

Seperti yang dijanjikan jam 11.30 pagi Kak Mala tunggu aku kat depan blok. Kami bergerap menuju ke tempat pertemuan di mana Yatie telah menunggu ketibaan kami. Sampai di sana kami bertiga terus merempit menuju ke UiTM. Sepanjang perjalanan itu, aku memang terasa penat kerana macam jauh sangat perjalanan tersebut. Kalau naik kereta tak rasa jauh sangat kerana dapat air-cond dan dengan muzik. So, kurangla rasa boring tu. Tapi aku gagahi jua perjalanan tersebut walau pun kadangkala aku ketinggalan kebelakang. Habis semua lubang dan bonggol aku redah. Sebab takut tertinggal jauh. Dah la tak tau jalan nak pi sana.

Bila sampai di Shah Alam, kami pi McDonald. Ape lagi, makan la. Memang lapar dan dahaga sungguh rasanya. Cuaca pulak panas terik. Siap reffil air lagi. Masa makan aku rasa macam ade sesuatu yang pelik pada aku. Ku tinjau2 rupa2nya ada yang terkoyak. Ini gara-gara rempit tadi la. So, lepas makan kami pi 'Bintang' untuk cari pengganti. Mujur la ada dan sesuai. Melayang duit aku RM 40. Nasib dalam kad ada duit, kalau tak gigit jari la aku.

Masa dalam kelas, aku rasa ngantuk la plak. Selalunya Dr. Kwome ajar aku tak ngantuk, tapi hari ini tak tau la melayut2 rasanya kelopak mata aku nie. Puas aku makan asam tapi tak jalan juga. Tapi layan juga la. Bila kelas abis aku baru teringat aku kena naik motor lagi untuk pulang. Penat baru nak hilang dah sambung yang baru plak. Punggung tak leh nak cakap memang dah kebas dibuatnya.

Tapi perjalanan balik, aku rasa ok sikit. Sebab tak bawa laju. Fuh angin macam sepoi2 bahasa saja rasanya. Tapi jalan jem teruk. Akhirnya aku sampai juga kat rumah. tapi penatnya fuh.........

Next week pi lagi naik motor sebab tak tahan bawa kereta. Jem tak jalan.

No comments: