Wednesday, July 22, 2009

BUAT NIAT SESUCI HATI

Hari ini aku ambil cuti selama dua hari. Gara-gara nak elakkan diri daripada menghadiri mesyuarat yang kurang aku minati. Tetapi akhirnya meeting tersebut ditunda pada minggu hadapan. Serupa juga, mungkin aku kena attend jugak. Heeemmmm..... Baru nak mengelak. Bukan nya ape meeting tu tak de kena mengena dengan pejabat aku, tapi atas rasa belas kasihan aku gagahkan juga untuk hadir sebagai pencatit minit. Sekarang aku tersepit kerana bos tidak bagi aku melakukan tugas-tugas yang diarahkan oleh bos lamaku. Walau bagaimanapun aku buat tanpa pengetahuannya. Ini kerana bos lama aku payah untuk mempercayai seseorang. So, nak tak nak aku buat juga la walaupun dengan keikhlasan yang jauh.

Actually, aku ngan suami bercadang nak pi tidor kat Hotel Sunway sementara tengah cuti ni. Tapi, akibat lambat booking dengan agensi, kami tak dapat pi kerana syaratnya kami kena booking penginapan 4 hari sebelum pergi. Itu la lain kali jangan pasang niat yang tak elok awal-awal lagi, (mengelak dari kerja). So, tukar plan just pi team park je la esok. Itu pun terpaksa akan sulung aku cuti sekolah tadika dia. Sebenarnya impian aku untuk ke Sunway dah lama terbuku dihati. Tapi tak dapat peri kerana no money. Ialah tiket nak masuk tu je dekat RM 100. Tapi bila jadi member Kelab Sunway lega la sikit. Boleh la aku pi cuti bila-bila yang aku nak pergi. Walaupun bayaran yang agak mahal untuk jadi member aku tabahkan jua kerana mengenangkan pakej ini selama 30 tahun. Jadi nanti akan-anak aku bleh juga gunakannya. So, nanti aku akan ceritakan suasana percutian kami sekeluarga di team park. OK. See U again. Bye.................

No comments: